Labels

Sunday, September 03, 2006

CABARAN BERBASIKAL MENGELILINGI DUNIA



SAYA bercuti pada 1.9.06 dan sepatutnya pulang ke kampung menemui emak yang dah lama tak dilawati. Namun pada 30.8.06, isteri saya mendapat panggilan supaya bertugas pada 1.9.06 kerana hari bajet.

Jadi semasa cuti tersebut saya habiskan buku Cabaran Berbasikal Mengelilingi Dunia yang dihasilkan oleh Dato' Hassan Nawawi Abd. Rahman. Membaca buku pengembaraan setebal 310 muka ini membawa saya seolah-olah mengembara bersama dengan penulisnya. Entah mengapa, saya suka baca buku-buku pengembaraan agaknya. (Nak mengembara, rasanya banyak faktor yang tidak mengizinkan, terutamanya poket). Semasa saya kecil dahulu, saya cukup seronok mambaca buku Perjalanan Yang Tidak Direstui, Ia itu kisah pengembaraan Dato' Farid Ariffin sekeluarga dari London ke Malaysia dengan kereta Volksvagen (namun tidak kesampaian kerana kemalangan dan terkandas di Iran (rasanya). Buku tersebut sudah hilang dan sudah tidak ada lahi di kedai buku. Saya beli di Pustaka Antara, rasanya (dan Pustaka Antara juga sudah tidak wujud lagi).

Saya tulis catatan di atas karana Kungs sudah berasa hampeh dan meluat membaca cerita-cerita Siti-Dato; K. Semoga Kungs akan gemar membaca kisah ini pula.

5 comments:

kungs said...

Terima Kasih MBA kerana peka terhadap peminat blong ni.Dah baca pengemnbaraan Sultan Selangor dengan kereta antiknya?Peking to Paris.

mba said...

Oh... saya tak tahu pulak kisah pengembaraan itu dibukukan. Saya ada ikuti siri pengembaraan tu dlm akhbar, tapi tak perasan & tak jumpa pula bukunya di kedai. Terbitan mana?. Buku jelajah dunia berbasikal inipun susah dicari sebab penerbitnya 'jarang' dikenali (oleh saya).

kungs said...

Peking to Paris terbitan Jugra Publications Sdn.Bhd 1st edition 1998.Cubalah baca/tengok2 buku C.T.Fong,Walter Francois,KL a Sketchbook.Bagi saya superb!Jangan lupa baca Enrique Mengundang Jauh.Boleh mencabar minda.

aj said...

ooooooo...yang mengembara dengan VW tu Dato Farid Ariffin! Saya baca juga tapi terlupa siapa namanya. Kisah itu juga pembuka semangat 'gi jjalang' saya.

Ly said...

trs nk gak bli buku2 pengembaraan nie.... cm besh2 plak.. kekekk