Labels

Thursday, October 05, 2006

LAMBAT BAYAR: KERJA SIAP(A)?

KENAPA bayaran lewat dibayar kepada kontraktor?. Bukankah kita sudah ada pelbagai sistem ICT bagi mengatasi pelbagai kelewatan ini?


18,000 kontraktor dan kontraktor kecil menghadapi masalah lewat atau belum menerima bayaran bagi pelbagai kerja bernilai RM23.7 bilion yang mereka laksanakan sejak 2000.

- Kerja 2000, sekarang 2006: Jika belum bayar, mungkin sebab kerja belum siap, projek sakit, kontrak dah tamat atau sebab apa?. Perlu kaji.


Daripada 330 kontraktor itu, 273 menghadapi masalah pembayaran, sama ada lewat atau tidak dibayar langsung membabitkan RM877.8 juta.
-273 dari 330 lewat: perlu kaji profail kontraktor yang lewat dan yang tak lewat tu
-tak bayar langsung? kena semak kontrak, kerja dan main-contractor mereka


Waduh-waduh-waduh syusah itu dong!



PM arah percepat bayaran kontraktor
Oleh Kadir Dikoh

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) di Jabatan Perdana Menteri memastikan setiap jabatan dan agensi kerajaan menyegerakan bayaran kepada kontraktor dan pembekal perkhidmatan.


Perdana Menteri berkata, agensi pusat itu harus sedar bahawa kelewatan membuat pembayaran akan menimbulkan pelbagai masalah serta memberi kesan domino kepada ramai orang termasuk kerajaan serta ekonomi negara.

Abdullah berkata, beliau tidak mahu sebarang kelewatan melunaskan bayaran itu nanti boleh menjurus kepada perasaan marah mereka terbabit kepada kerajaan.

"Bila kontraktor sudah menyediakan perkhidmatan dan bekalan dengan sewajarnya mengikut kontrak, saya tidak nampak sebab mengapa kita harus melengahkan bayaran. Janji seperti dalam kontrak sudah dipenuhi dan jika kerja sudah siap, kita harus bayar.

"Jika kontraktor tidak mendapat bayaran pada masa ditetapkan, dia mungkin menghadapi masalah membayar gaji pekerja, pinjaman bank atau urusan lain," katanya pada perhimpunan bulanan bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Ia bukan kali pertama, Abdullah membuat teguran itu dan kali terakhir ialah ketika melancarkan pelan induk Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Nasional di Sik, Kedah 17 Ogos lalu, apabila menyatakan beliau menerima rungutan daripada kontraktor mengenai kelewatan bayaran walaupun tuntutan lengkap sudah dikemukakan.

Ketika itu, Perdana Menteri mengarahkan sistem pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dipermudahkan dengan menggunakan satu borang berkomputer.

Laporan baru-baru ini pula memetik Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu sebagai berkata sejumlah 18,000 kontraktor dan kontraktor kecil menghadapi masalah lewat atau belum menerima bayaran bagi pelbagai kerja bernilai RM23.7 bilion yang mereka laksanakan sejak 2000.

Anggaran itu berdasarkan kajian yang dibuat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) terhadap sekumpulan 330 kontraktor yang beroperasi di negara ini.

Daripada 330 kontraktor itu, 273 menghadapi masalah pembayaran, sama ada lewat atau tidak dibayar langsung membabitkan RM877.8 juta.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran perlu dibuat bagi segala perkhidmatan dan bekalan yang diberikan kepada kerajaan kerana wujud kontrak antara pihak berkaitan.

“Berilah bayaran seperti yang mana mereka harapkan. Jangan lengahkan. Kita tidak mahu nanti banyak sangat bil yang kita tak bayar.

“Pihak pembekal yang membekalkan barang keperluan pembangunan pun tentu juga lambat mendapat bayaran. Jadi ia berkait-kait dan ini boleh menyebabkan timbul rasa tak senang hati, mungkin kemarahan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada selepas majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kangar, semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata Kabinet memutuskan semua kementerian menghantar laporan mingguan berhubung tuntutan bayaran yang dikemukakan oleh kontraktor dan pembekal yang membabitkan projek kerajaan.

Beliau berkata, arahan mengenai perkara itu dikeluarkan Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet, baru-baru ini.

"Kabinet memutuskan bahawa semua tuntutan bayaran oleh kontraktor dan pembekal itu dijelaskan dalam tempoh dua minggu. Kita mendengar rungutan daripada kontraktor dan pembekal yang mendakwa sukar mendapat bayaran daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kangar, semalam.

No comments: