Labels

Tuesday, November 28, 2006

TOL

Kampung Pinang Sebatang (KPS) sentiasa tak cukup duit, namun sebahagian besar daripada penduduknya adalah terdiri daripada kontraktor. Semua kontraktor inilah yang menjadi pendokong dan penyokong kuat kepada ketua kampung yang berasal dari Kampung Pasir Berdengung.

Untuk memodenkan kampung, tok ketua memperkenalkan konsep pengswastaan. Balai raya dibina oleh pihak swasta a.k.a kontraktor pendokong. Jadi dapatlah penduduk kampung berbangga dengan adanya sebuah balai raya canggih yang perbelanjaannya semuanya disediakan oleh para kontraktor.

Namun bagi sesiapa yang ingin menggunakan balai raya ini, ia dikenakan tol. Mula-mula seringgit seorang. Setiap tahun ia dinaikkan lagi hingga kini dah mencecah sepuluh ringgit. Jika tidak dinaikkan, tok ketua terpaksa membayar sejumlah duit yang banyak kepada kontraktor ini. Jika hendak dicongakkan, duitnya dah boleh bina tiga buah balai raya lain lagi.

Semua penduduk kampung (yang bukan kontraktor) dah mengeluh. Mulai 1 Januari ini tol naik lagi.

3 comments:

zizie ali said...

seorang filsuf terkenal, iaitu sammy velooo pernah bermadah: "sapa saja jadi menteri, itu tol naik jugaaa"

mba said...

ahli filsuf terkenal itu juga pernah bermadah "barangsiapa yang tidak mahu membayar tol, bolehlah naik lumbu kereta sahaja".

Anonymous said...

Sebuah penjara terletak di sebelah sungai. Dan disebelah lagi terletak perkampungan orang-orang baik-baik belaka. Kedua-dua kampung dan penjara tersebut tidak ada hubungan.

Maka berbincanglah ketua penjara dengan orang kampung untuk membina jambatan. Syaratnya setiap bahagian hendaklah membina jambatan masing-masing.

Pejara menggerakan banduan manakala orang kampung menggerakkan orang kampung untuk masing-masing membina jabatan di sebelah masing-masing.

Selepas sebulan, maka bahagian pejara telah siap tetapi tidak di bahagian orang kampung.

Ketua kampung mengarah ketua projeknya menyelidik mengapa bahagian pejara cepat siap.

Jawapanya. Penjara mempunyai banyak penghuninya dari kelas kontraktor yang sememangnya pakar buat jambatan. Juga mereka mempunyai banyak orang-orang kaya yang boleh sponsor buat jambatan