Labels

Thursday, September 28, 2006

RASUAH RAMADHAN

BERBUKA dengan tamar adalah sunnah Nabi. Memberi makan orang berpuasa, pahalanya bagaikan orang yangf berpuasa itu. Nak bagi apa ya, di bulan Ramadhan ini?. Sebungkus tamar?. Oh.... ia adalah rasuah. Nak hadir ke majlis berbuka puasa? Hati-hati... nanti terjebak. Majlis hari raya? 2X5 saja.

[petikan berita harian hari ini]

Hamper, angpau dianggap suapan

SEREMBAN: Penjawat awam diingatkan jangan menerima barangan berharga, termasuk dalam bentuk hamper dan angpau daripada syarikat atau individu pada musim perayaan ini yang boleh dianggap sebagai bentuk suapan.

Tindakan menerima barangan itu sama ada untuk diri sendiri atau ahli keluarga daripada mana-mana pihak yang mempunyai kaitan dengan tugas dan bidang kuasa mereka adalah menyalahi peraturan.

Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Sembilan, Md Yusoff Md Zain, berkata kerajaan menyediakan garis panduan jelas mengenai pemberian dan penerimaan hadiah yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 3 Tahun 1998.

Beliau mengulas tindakan sesetengah pihak cenderung memberi barangan hamper kepada pegawai kerajaan pada musim perayaan termasuk Aidilfitri.

Katanya, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, pegawai awam yang menerima atau cuba mendapatkan sesuatu daripada orang lain untuk dirinya atau orang lain boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Md Yusoff berkata, mereka yang didapati menerima sebarang hadiah juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10(a) dan 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Beliau juga menasihatkan syarikat yang mempunyai urusan dengan jabatan kerajaan tidak memberi hadiah atau barang berharga kepada pegawai kerajaan.

"Pemberian seumpama itu akan menimbulkan rasa serba salah dan dilema pegawai awam serta mengakibatkan kedua-dua pihak dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya nasihatkan jika syarikat atau individu mahu memberi hadiah kepada penjawat awam, lebih baik diberikan kepada anak yatim kerana pahalanya lebih besar dan memberi manfaat kepada mereka," katanya.

No comments: