Labels

Tuesday, November 02, 2004

TAK RASMI YANG RASMI



jalan nan lurus
kereta tanpa henti
hulur kesian

ADA seorang kenalan dari negara asing yang bekerja di Malaysia, ingin sangat melawat ke sebuah pejabat kerajaan. Pejabat ini mendapat beberapa pengiktirafan dunia dan masih memegang beberapa rekod. Kenalan ini ingin bandingkan pejabat ini dengan pejabat yang setara di negaranya. Sudah lama juga mba telah berjaya mendapatkan kelulusan bagi lawatan tersebut.

Minggu lepas, beliau benar-benar free dan memutuskan untuk pergi melawat. Sebagai prosedur biasa lawatan, sudah tentu pihak tuan rumah inginkan suatu surat sebagai suatu syarat atau formaliti biasa. Apabila mendengar mengenai keperluan tersebut, kenalan ini mula merasa serba salah dan berhasrat untuk membatalkannya. Alasan-alasan yang diberikan ialah lawatan ini tidak rasmi, tidak berkaitan secara langsung dengan tugas, perlu mendapat kelulusan bos di negaranya dan beberapa lagi alasan lain. Samada rasmi atau tidak rasmi, inilah yang menjadi amalan di Malaysia. Apa-apapun kena melalui surat untuk tujuan rekod. Jika setakat kawan-kawan nak datang sembang-sembang kat ofis kita, itu lainlah. Ini suatu lawatan dan memerlukan taklimat (apa tah lagi bagi orang dari negara lain - walaupun berpejabat di negara kita). Akhirnya oleh kerana 'semua orang kampung dah tahu', terpaksalah ada yang terpaksa berkorban, iaiatu menyediakan deraf surat untuk kenalan ini. Itupun masih tidak boleh menggunakan letter head pejabatnya dan tidak ada siapa yang akan tandatangani surat tersebut. Susah benar berurusan (nak menolong, bukan nak minta tolong) dari negara asing begini.

PERUMPAMAAN: Kita tengah memandu di jalan utama. Sampai disuatu simpang, sebuah kereta terhegeh-hegeh nak masuk. Oleh kerana kesian kita berilah laluan suruh dia masuk. Amboi mak! dengan terhegeh-hegeh jugalah dia teragak-agak nak masuk, main hulur-hulur kepala sahaja hinggakan perjalanan kita sudah terganggu dan orang belakang terpaksa membunyikan hon.

PENGAJARAN: Lain kali tobat tak nak beri laluan dan bantuan yang bakal menyusahkan diri sendiri lagi.

No comments: