Labels

Wednesday, November 03, 2004

BULAN MADU TELAH BERLALU



bulan dan madu
manis dan penuh nikmat
bunting pelamin

GENAP setahun pemerintahan YAB Perdana Menteri semalam dan sekaligus dimaklumkan bahawa tempoh berbulan madu telahpun berlalu. Masuk hari pertama tahun kedua adalah detik untuk memulakan kerja.


"Saya menjangkakan komen yang akan diberikan kepada saya dan kerajaan pimpinan saya akan lebih keras. Jadi saya ingin tegaskan bahawa bagi tahun kedua saya sebagai Perdana Menteri, saya mahu lihat program-program dan projek-projek yang telah saya gariskan sebelum ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh," katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini.


Ini bermakna mulai sekarang semua pegawai perkhidmatan awam hendaklah "mula bekerja" setelah cuti bulan madu selama setahun berakhir.

Menyentuh mengenai topik kegemarannya iaitu memperbaiki sistem perkhidmatan awam, Abdullah menyuarakan rasa puas hati bahawa jabatan-jabatan kerajaan telah menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Perdana Menteri berkata perkhidmatan yang cepat dan cekap akan menyumbang kepada kos lebih rendah bagi masyarakat perniagaan yang terpaksa bergelut dengan kenaikan harga minyak.

Abdullah berkata beliau yakin ada ruang untuk memastikan kos menjalankan perniagaan adalah lebih rendah sekiranya sistem perkhidmatan awam yang lebih cepat menjadi satu norma.

Tetapi apa yang lebih penting, Perdana Menteri berkata meningkatkan kecekapan akan mengurangkan godaan bagi rasuah.


Fuhhhhh.... awatlah semasa dalam tempoh berbulan madu tersebut kita tidak dimaklumkan mengenainya?. Agaknya orang-orang tertentu sahaja yang diajak berbulan madu, sebab itu banyak jalan ranap, bangunan terbengkalai, rasuah menjadi dan banyak lagi. Bagi yang tidak tahu bahawasanya tempoh tersebut adalah masa berbulan maju, rasa-rasanya dah bertungkus lumus menyiapkan kerja. Separuh mati dibuatnya untuk menyiapkan kerja. Rupa-rupanya masih dalam bulan madu....

Oleh kerana dah bekerja kuat dalam masa bulan madu di tahun pertama, dalam tahun kedua ni rasanya tentu ramai yang alahan sebab dah bunting pelamin ;-)

No comments: