Labels

Thursday, November 04, 2004

SUSAHNYA BERNIAGA



pasar budaya
himpun cenderamata
modal pun lesap

BIDANG perniagaan adalah merupakan sembilan dari sepuluh punca rezeki. Bagi mereka yang makan gaji umpamanya, melihat orang berniaga begitu senang sekali. Mudah sungguh kerja mereka. Kadang-kadang dapat diperhatikan perniagaan yang mereka lakukan tidak masuk akal langsung, namun mereka hidup senang lenang, malahan menjadi jutawan lagi. Berniaga besi buruk, surat khabar lama, barang-barang guna-semula dan berbagai jenis lagi. Namun senangkan berniaga?.

myJICA ialah sebuah NGO bekas peserta kursus anjuran JICA di Jepun. Di antara lain aktiviti myJICA ialah memberi taklimat atau panduan bagi bakal peserta kursus yang akan ke Jepun. Kami mmeberi ceramah dan nasihat mengenai persediaan ke Jepun. Apa yang perlu dibawa, apa yang tidak boleh dibawa. Kehidupan di Jepun. Menguruskan tiket dan visa mereka dan pelbagai perkara lagi. Boleh dikatakan pada setiap hari Selasa taklimat ini diadakan. Bayangkanlah betapa ramai rakyat Malaysia yang telah dan akan dihantar berkursus di Jepun!. Setakat ini myJICA mempunyai lebih kurang 8000 ex-participants.

Salah satu dari keperluan bagi kenshuin (participants) yang akan pergi ke Jepun ialah membawa sedikit omeyage (cenderamata) untuk diberikan kepada tomodachi (rakan), sensei (cikgu) dan juga keluarga angkat di sana. Menyedari perkara ini seakan-akan wajib dan biasanya setiap peserta akan membeli dan membawa sebanyak 20-30 omeyage, maka myJICA telah mengambil inisiatif untuk menghubungi kedai-kedai cenderamata di Central Market dan membelinya untuk dijual kepada peserta kursus. Harga jualan adalah sama dengan harga jualan di Central Market. Walau bagaimanapun mengikut perkiraan myJICA masih dapat membuat sedikit keuntungan. Berdasarkan kepada business plan, perniagaan ini akan menjadi sebab beli omeyage adalah wajib, peserta blur mengenai jenis omeyage yang perlu dibawa, masa yang suntuk dan harga yang menarik.

Namun apa yang terjadi adalah di sebaliknya. Jangankan nak untung, modalpun tak berbalik. Bilangan peserta yang membeli omeyage dari kami terlalu kecil. Promosi telah dibuat, kempen telah dilakukan. Di manakah silapnya??. Ohhh susahnya berniaga!!

Bagai berniaga buluh kasap.
Modal hilang untung lesap.

No comments: