Labels

Thursday, August 06, 2009

PENULIS KUIH TEMPAH

penulis kerdil dan penulis besar: sama-sama tinggal di Kajang, bertemu di Sheffield, UK

SEORANG pembuat kuih yang sudah dikenali biasanya tidak perlu memasarkan kuih-muihnya. Orang ramai ataupun restoran akan membuat tempahan kuih mereka. Dalam musim raya yang kian tiba ini, barangkali sudah ada kuih-kuih yang telah ditempah. Pembuat kuih biasanya tidak muat tangan untuk memenuhi segala tempahan. Lantaran itu biasanya mereka tidak menerima banyak tempahan. Barangkali mereka akan membuat kuih yang hanya telah diletakkan deposit sahaja. Adakah penulis boleh disamakan dengan pembuat kuih dalam hal tempahan ini?. Saya tidak fikir begitu.

Sebabnya ialah penerbit yang dikatakan 'menempah' hasil tulisan tidak semestinya menerbitkan buku yang ditempah. Ibarat kuih, ia bukan tidak dimakan, tetapi tidak diambil pun. Akibatnya kuih akan menjadi basi. Nasib pembuat kuih adalah jauh lebih baik kerana deposit telah diterima sebelum kuih dimasak.

Namun bukan nasib semua penulis kuih tempah adalah begitu. Semasa di UK baru-baru ini, saya menemui seorang penulis kuih tempah yang memang telah saya kenali. Dia ialah imam di surau sebelah rumah saya. Saya tidak tahu beliau adalah seorang penulis. Oleh kerana saya membawa sebuah buku tulisan saya sebagai buah tangan kepada sahabat di UK, maka beliau tahulah bahawa saya juga penulis. (Saya malu untuk mengaku penulis dengannya kerana buku saya berharga RM14.50 sedangkan buku beliau berharga RM180 sebuah).

Beliau ialah Haji Salleh Yusof, bekas Timbalan Pendaftar (HEP), UKM. Dia di sini menemani anak bongsunya yang menghabiskan disertasi master nya. Saya fikir semua alumni UKM mengenali beliau. Ia tidak hairan. Apa yang menghairankan saya ialah, beliau mengenali "semua" bekas pelajar UKM. Saya katakan "semua" dan bukan semua. Ada perbezaannya.

Beliau memang seorang penulis kuih tempah. Beliau menulis buku coffee table. Buku yang ditunjukkan kepada saya ialah "Dari ADO ke CEO", ia iatu biografi Tun Abdullah Salleh. Selepas itu beliau tulis buku biografi Tan Sri Yusof Nor. Beliau banyak lagi menerima tempahan menulis, namun beliau tidak menerima semuanya. Tulis yang terpilih sahaja katanya. Mahu tulis dalam keadaan relaks sahaja. Royaltinya?. Buku belum terjual beliau sudah dibayar 5 angka.

Ini baru penulis kuih tempah namanya !.

4 comments:

Cat Cat said...

Wow, from what you wrote, I admire Haji Salleh Yusof alot. And his book costs RM180 a piece? That's pretty impressive.

Unknown said...

Salam, tuan pun satu masa nanti InsyaAllah jadi seperti beliau, saya doakan, doakan saya juga ya :)

Azemi Ali said...

Salam.
Buku berharga RM14.50 lebih ramai dibeli orang bebanding buku berharga RM180. Buktinya Buat Duit Dengan Foto (BDDF) sudah masuk ranking Best Seller MPH. Tahniah!
p/s - Dekat office macam ada orang nak beli BDDF, ada stok?

mba2u said...

Zaliza maz: Amin. Insyaallah.

Azemi: Stok banyak lagi.