Labels

Saturday, August 01, 2009

SELAMAT HARI PAHLAWAN


Semalam, 31 Julai adalah hari pahlawan. Ia disambut pada setiap tahun. Biasanya bunga (kertas) dijual sebagai derma bagi menokok tabung pahlawan.

Semalam juga kerajaan mengumumkan kenaikan 500% elaun pahlawan yang telah mendapat bintang. 500% itu bunyinya banyak, tetapi ada bintang yang elaunnya cuma RM6 sahaja sebulan. Bagaimana pula halnya dengan pahlawan yang tidak mendapat bintang?. Oh .... semua pahlawan dapat bintang. Jika tidak dapat bintang, ia bukan pahlawan. Ia adalah perajurit ataupun soljar sahaja. Namun jasa mereka juga patut dikenang kerana mempertaruhkan nyawa mempertahankan negara, cuma tidak dapat bintang sahaja. Pencen ada ...

Saya telah habis baca buku Travelog Iran. Dalam buku tersebut ditulis bagaimana kerajaan Iran menghargai perajurit mereka. Bagi yang meninggal @ syahid, anak isteri mereka diberikan kad pengenalan khas sebagai waris para syahid. Bagi yang cacat kerana perang, kad khas juga diberikan, begitu juga yang bersara dan sebagainya. Kad khas ini membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan daripada kerajaan seperti tambang, elaun, persekolahan, pekerjaan dan banyak lagi.

mba : yang elok boleh dicontohi.

No comments: