Wednesday, August 19, 2009
MENEPATI MASA
Menepati masa adalah salah satu sifat yang sangat mulia. Membuang waktu pula adalah sia-sia. Membazir adalah amalan syaitan.
Ramai orang, jika bukan semua pun bersetuju mengenai kepentingan menepati masa. Namun amalannya tidak seperti yang dipersetujui. Sebagai contoh, sekiranya mesyuarat bermula jam 8:30 pagi, sepatutnya ahli mesyuarat datang pada jam 8:15 pagi dan pengerusi datang tepat pada masanya dan terus mempengerusikan mesyuarat. Ia adalah amalan terbaik. Namun bagaimanakah amalan kebiasaan?
- Ahli mesyuarat datang 8:30 hingga 9:00
- Pengerusi datang jam 9:00
- Mesyuarat akan menunggu ahli yang paling akhir datang
Perkara ini dinamakan mengenakan penalti kepada ahli yang datang awal. Ia juga bermakna memberi bonus kepada orang yang lewat.
Hari ini saya diminta untuk membacakanteks ucapan bagi satu majlis perasmian. Ia dijadualkan pada jam 8:30 hingga 8:40 pagi. Saya tiba sebelum jam 8:30am dan tunggu sehingga jam 8:40am dan majlis belum bermula kerana menunggu peserta yang belum tiba untuk memenuhkan dewan. Saya ada urusan lain jam 9:00am.
Jika anda berada dalam situasi saya, apa yang anda lakukan?.
Saya memberi pilihan kepada urus setia samada untuk meneruskan ucapan perasmian ataupun saya tidak membacanya. Urus setia membuat pilihan kedua dan saya beredar untuk ke urusan lain yang lebih utama bagi saya. Saya tidak dapat berkompromi dengan orang yang tidak menepati masa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Good!
Post a Comment