Friday, August 07, 2009
DOA PELINDUNG H1N1 : BENARKAH?
KITA perlu yakin bahawa setiap penyakit ada ubatnya (kecuali mati). Samada ubat tersebut telah ditemui oleh manusia ataupun belum lagi, ia adalah soal kedua. Bahkan berdoa juga adalah salah satu daripada ikhtiar dan usaha untuk berubat.
Sejak akhir-akhir ini, iaiatu apabila H1N1 mula merebak, saya terima banyak sekali doa-doa untuk melindung diri daripada H1N1. Saya fikir ia adalah satu usaha yang baik. Saya bukanlah seorang yang alim dalam ilmu-ilmu agama. Namun saya tidak akan beramal dengan mana-mana ilmu yang saya tidak yakin ataupun tidak tahu asal puncanya. Saya tidak mahu terima beberapa baris huruf dalam hahasa Arab (atau Urdu) yang saya tidak fahami maknanya dan terus beramal dengannya.
Namun makna doa yang dikirimkan seperti di atas ialah "ada bagiku lima denganku aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. Mereka itu ialah nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, fatimah dan kedua anak mereka (Hassan dan Hussain)"..
Apakah maknanya ayat di atas?
Siapa yang membacanya?
Siapa perawinya?
Cuba anda perhatikan bagaimana adab berdoa
Cuba anda perhatikan lafaz-lafaz doa yang lazim
Pada pendapat saya, doa adalah amat baik untuk diamalkan, namun carilah doa yang sebenar. Jika tidak ditemui doa dalam bahasa Arab, kita berdoalah sahaja dalam apa bahasapun yang kita fahami. Doa bersungguh-sungguh. Kita faham apa yang kita mohon dan sudah tentu Allah itu Maha memahami.
Saya tanya kawan saya yang berugama Kristian, dia juga berdoa tolak H1N1 katanya. Ia adalah doa umum dalam set doa yang telah disediakan (set of 15, or something like that).
Saya sangat berharap agar kita semua dipelihara daripada kesesatan, bukan sahaja H1N1.
p/s: Saya bukan alim/ulamak. Jika salah tegurlah saya. Jangan hentam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Gua tak hentam...
Gua BUNUH terus.....!!
Haha! Gurau aje ya MBA.. Jangan mare ya..!
Masa kelas mengaji semlm ustaz sy ajar doa ni..Ustaz saya dah amal doa ni 20 thn dah..mak saya pun dah amal lama dah(baruku tahu)..doa ni mmg dah well known utk elak jangkitan wabak..dah sebati dgn jasad sstgh orang...saya je baru mula baca semlm..iskkiskkk..yg penting kita YAKIN!
pelik kan?
banyak drpd kita suka mengikutje,
tanpa usul periksa.
takdenya nak buat research!.
ikut.senang kan?
di tertawakan org itu + sesat. lagi parah.
Salam.
Siapa sheikh itu?
Doa itu macam pelik...
Berdoalah dalam bahasa melayu lagi senang. Allah faham semua bahasa sehingga yang tersembunyi dalam sanubari kita sekali pun.
Post a Comment