Labels

Tuesday, August 04, 2009

MANDI : BERSIRAM ATAU BERENDAM?


BAGI diri saya sendiri, mandi adalah mandi. Tidak timbul lagi soalan lain mengenai mandi, samada menyelam, berendam ataupun bersiram. Cuma kadang-kala ibu ada juga bersungut "jangan mandi kerbau". Ia bermaksud mandi yang tidak bersungguh-sungguh, hinggakan ada bahagian badan, khususnya kepala yang tidak basah.

Semasa tinggal di 44 Easterly Avenue, rumah sewa kami, seperti mana rumah-rumah Inggeris yang lain juga, mempunyai bilik mandi yang berkarpet. Permaidani dalam bilik mandi, bagaimana mahu mandi?. Di sinilah konsep mandi berendam atau bersiram timbul.

Semasa tetamu kami tiba untuk tinggal beberapa malam di rumah kami, seluruh bilik mandi basah. Bahkan airnya melimpah hingga dalam mentol lampu di tingkat bawah. Kami sebenarnya terlupa untuk memberitahu cara-cara mandi ala-ala orang Inggeris. Akibatnya, orang Malaysia mandi secara menjirus dan habislah segala apa yang ada dijirusnya.

Semasa di Cloth Hall Cottage, saya baru faham akan konsep mandi: bersiram atau berendam ini. Dalam bilik mandi cottage ini sudah dilabelkan dengan shower ataupun bath.

2 comments:

Cat Cat said...

Anak2 Cath suka mandi berendam... berjam-jam kekadang. Cath lebih suka shower. Kalau dapat baldi & penyenduk air, lagi best... Haha!

Anonymous said...

Bersiram itu raja, berendam itu badak. Hehehehe.