Labels

Tuesday, August 11, 2009

E-BUKU @ EBOOK



ADAKAH pasaran e-buku di Malaysia meluas?.
Maknanya, adakah jualan e-buku di Malaysia laku?.

Sekiranya membaca e-buku dengan menggunakan alat tertentu "ebook reader", saya fikir ia tidak akan berbaloi kerana harga reader sahaja sudah mahal. Maka lebih baik dibeli buku bercetak dan dibaca atau dibawa ke mana-mana.

Bagaimana pula dengan e-buku yang dibaca menggunakan komputer?. Saya fikir ianya lebih berbaloi kepada pembaca. Ia boleh dibaca depan komputer atau notebook dan boleh juga dicetak untuk dibaca secara off-line. Faktor penghalang kepada jualan e-buku di sini pada pandangan saya ialah harga. Harga sebuah e-buku seharusnya lebih murah berbanding dengan buku bercetak. Faktor pendorong pula ialah, memesan dan membeli e-buku boleh dilakukan dengan cepat. Pilih, bayar, download dan baca. Prosesnya boleh dikatakan adalah kurang daripada 30 minit.

Bagaimana pula e-buku yang boleh dibaca menggunakan peranti lain seperti telefon bimbit ataupun iPod?. Sepatutnya media inilah yang paling laku. Ia mudah. Ia murah. Namun barangkali kerana saiz skrin yang kecil, ia tidak menjadi pilihan kepada pembaca.

Jika begitu, bagaimana penulis boleh jadi jutawan?.
Ha ha ha .... ada ke penulis jutawan di Malaysia semata-mata kerana menulis?.

1 comment:

muhammad fakhruddin said...

insya Allah bakal ada =)

saya setuju juga dengan pendapat tuan,sepatutnya harga sebuah ebuku jauh lebih murah kerana ia tidak membabitkan penggunaan kertas.

Nampak gayanya,kena tunggu Zainal Abidin buat Parti Hijau di Malaysia baru harga ebuku jadi urah kot...