Labels

Sunday, August 02, 2009

BUNGA BUKAN SEKUNTUM

Bunga-bungaan di tempat minum The Kingsway hotel


Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor adalah peribahasa Melayu yang pada asalnya dikaitkan dengan jodoh. Kumbang memang sukakan bunga. Namun jika sekuntum bunga tidak sudi menerima kehadiran kumbang, si kumbang janganlah bunuh diri kerana inginkan bunga itu juga. Carilah bunga lain. Bunga bukan sekuntum.

Sebagai penulis, saya tidak boleh mengharap kepada satu penerbit sahaja. Saya boleh tulis sepuluh buku (memang saya sudah siapkan 10 manuskrip setakat ini), namun ia tidak akan menjadi buku dengan hanya taat setia kepada hanya satu penerbit sahaja. Mengapa saya berkata begitu?.

Ia adalah merupakan hukum alam. Sekuntum bunga yang tidak sudi, bunga lain mungkin bersedia. Dalam buku saya "Buat Duit Dengan Foto" juga menyarankan supaya kita berdaftar dengan banyak agensi stokfoto. Foto yang ditolak oleh satu agensi mungkin akan diterima oleh agensi lain. Jangan harapkan hanya satu agensi. Saya amat berkeinginan untuk mendengar hujah beserta dengan contoh-contoh bagi mereka yang tidak setuju dengan alasan ini.

Bagi tujuan tersebut, hari ini saya menghadiri satu bengkel penerbitan buku. Insyaallah dalam masa terdekat pembaca akan dapat melihat dan membaca lebih banyak buku saya.

Jumla lagi.

No comments: