Labels

Saturday, August 08, 2009

LAUT BIRU (BLUE EYE OOPS BLUE OCEAN)


Pasangan suami isteri ini mempunyai keluarga yang besar. Ia itu 3 orang anak, seekor anjing dan seekor kucing. Semasa memperkenalkan dirinya, Sarah bercerita mengenai keluarga. Saya tanya apakah takrif keluarga di UK?. Sarah menjawab sesiapa sahaja yang rapat dengan kita. Termasuk anjing? saya tanya. Ya, tepat sekali jawab Luke, suaminya.

Pasangan ini mendapat ratusqn ribu Ringgit bagi setiap dua minggu dia mengajar. Luke mahir (bukan pakar) dalam Microsoft Office. Dia mengajar Word,Exel, Access dan PowerPoint. Sarah, pada pandangan saya tidak pandai satu apapun, kecuali surfing laman web dan facebook sahaja.

Lantas di manakah blue ocean dengan mengajar MS Office?. Ia terletak pada peserta kursusnya. Bukan orang UK, bukan Eropah, jauh sekali Amerika dan bukan Asia, tetapi Afrika. Sangat laris. Semasa saya di sana, seluruh tempat pengajian dipenuhi oleh warga Afrika. Mereka sanggup bayar ribuan Pound hanaya untuk belajar MS Office.

Oleh kerana bosan sebab rasa tertipu, saya membuat promosi dan demonstrasi penggunaan Open Office kepada peserta kursus ini. Jangan gunakan MS Office, ia mahal. Gunakan OO, dia percuma. Kami di Malaysia boleh buat training, sangat murah. CD yang dibawa cukup laku. Ada yang mencuba, cukup gembira. Hampir semua baru pertama kali mendengar Open Office.

dan kata mereka (ya, kata-kata lidah yang tidak bertulang) Tahun hadapan kami tidak mahu hantar latihan ke UK lagi, kami mahu hantar ke Malaysia. Ia lebih murah dan orang Malaysia lagi pandai.

Saya fikir, dengan ilmu Open Office, kita boleh buat duit. Jika ada yang berminat, saya boleh berikan kontak orang-orang HR dan pengurus latihan dari Afrika ini. Manalah tahu jika ada rezeki...

No comments: