Friday, August 21, 2009
BEREBUT JAMBAN
PAGI-pagi lagi kita bercerita mengenai jamban. Oh ya, bahasa lembut bagi jamban ialah tandas atau bilik air. Bahasa sebutan biasa ialah toilet atau wash room. Orang Jepun sebut "toire".
Sudah menjadi kebiasaan di pejabat ini, pengguna jamban dan pekerja pencuci jamban akan berebut-rebut untuk menyempurnakan tugas masing-masing. Pengguna ingin ber** dan pekerja ingin mencuci. Perebutan pagi hari ini kadang-kala berlaku dengan sengit sekali. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ada yang kena tengking sebab berebut "pot".
Mengapa berlaku sedemikian?. Bagi saya, jawapannya ialah sistem.
Semasa di negara penjajah dulu, ramai kawan-kawan saya yang bekerja sebagai "floor manager" ini. Orang rumah saya juga. Seingat saya, jam 3 pagi saya sudah menghantar orang rumah ke tempat kerjanya dan jam 5 pagi kerja telah selesai dan sekali lagi saya mengambilnya, jika malas untuk menunggu (tidur dalam kereta selama 2 jam). Pekerja dan pengguna langsung tidak bertemu. Pengguna hanya perlu tahu jamban mereka bersih di pagi hari apabila ingin menunaikan hajatnya.
Di sini, berebut-rebutlah untuk membuat kerja yang satu itu.
he he he.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam ramadhan..
menjelang bulan puasa ni mungkin kurang perebutan di toilet.. :)
selamat berpuasa...
Memang tension bila time nak "meletop" - kes "ce-be"... Hehe!
Apa2 pun, selamat berpuasa MBA.
Post a Comment