Labels

Tuesday, August 18, 2009

PENGHUJUNG SYAABAN

SEMENJAK akhir minggu lepas, sehingga kini masih terasa tidak cukup O2 kerana mengejar pelbagai perkara untuk dibereskan. Kesemuanya menuntut untuk disiapkan sebelum Ramadhan. Satu demi satu datang membuat tuntutan. Buletin al-Hidayah masuk helaian ketiga. Buletin myJICA langsung tidak disentuh. Urusan LPKP masih tinggal janji. Laporan MPKj sedang difollow-through. Mesyuarat Persatuan Penduduk yang penuh kontroversi hingga mengundang kedatangan OCPD. Jemputan demi jemputan lepas Isya tidak semua boleh dipenuhi. Acara berbasikal sudah digantung sehingga Syawal. H1N1?. Anak seorang staf telah disahkan. Adakah kami juga bakal dijangkiti?. Minta dijauhkan. Pokok bunga tidak sempat dibeli, apatah lagi menanam. Nasib baik yang ada sempat disiram hujan. Foto sana-sini sudah dirakam belum dihantar.

Alamak, pagi tadi tingkap kereta tidak dapat ditutup. Jika tidak dapat dibuka, masih ada alternatif untuk buka pintu. Nasib baik terus dihantar ke pakar dan kurang 2 minit ianya diselesaikan tanpa perlu membuka pintu. Itulah namanya pakar.

Puasa belumpun bermula, anak bulanpun masih belum ditengok. Jemputan berbuka datang bertalu-talu. Tahun ini, barangkali seperti tahun lepas juga, kesemuanya berbuka di rumah kecuali 1 atau 2 sahaja.

1 comment:

Cat Cat said...

MBA,
Semakin busy semenjak dua menjak ni eh..?? Oh, pasal jemputan berbuka... kalau lah Cath, semua akan Cath pergi... Rezeki jangan ditolak... Haha!