Labels

Monday, April 20, 2009

TEMUDUGA SARJANA



MINGGU lepas saya menemuduga calon-calon untuk ijazah sarjana (masters). Saya dapati ramai juga muka-muka veteran yang ditemuduga semula. Maksudnya mereka telah hadir beberapa kali sesi temuduga dan masih juga belum berjaya.

Pertama kali saya ditemuduga untuk masters ialah 14 tahun lalu dan alhamdulillah saya berjaya dalam percubaan pertama ini. Setelah saya pulang dengan membawa ijazah sarjana, saya pula yang menyambung kerja-kerja menemuduga calon-calon sehingga sekarang. Ia merupakan kerja amal untuk membantu.

Kenapa agaknya mereka perlu hadir beberapa kali sesi temuduga sebelum berjaya?. Jawapan mudah kepada soalan ini ialah persediaan. Anda perlu bersedia sebelum bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Anda perlu meyakinkan penemuduga bahawa anda memang sudah bersedia. Bukan hanya anda perlu membuat persediaan, keluarga anda juga perlu bersedia. Kerja yang bakal ditinggalkan juga perlu mengetahui perancangan dan persediaan anda.



Saya sudah lama merancang untuk menulis "Travelog UK" yang bakal memberi tip-tip ke arah persediaan ini. Barangkali buku ini boleh disiapkan pada tahun ini juga. Ini adalah kerana keseluruhan sinopsis dan plot telahpun disiapkan. Sekarang saya sedang menunggu buku "Travelog Jepun" yang saya telah kemukakan manuskripnya diterbitykan dahulu sebelum menyiapkan "Travelog UK".

Walau bagaimanapun sedikit tip temuduga ada di dalam buku saya "Kerjaya dalam Bidang ICT".

3 comments:

Leyla Shuri said...

salam,

tajuk buku itu mencatatkan nama "okinawa", saya cadangkan elok masukkan imej Shuri-Jo, JICA-OIC, Ryukyu daigaku dan yang berkenaan dgn tajuk.

Hanya cadangan, boleh bawa ke Kedutaan Jepun sebagai promosi hehehe.

mba2u said...

Salam Jahrera;

Ia memang mengenai Jepun & Okinawa.
Sekiranya Puan ingin membaca manuskripnya, setebal 400 mukasurat, saya boleh melkan fail PDF kepada puan.

Moga2 dapat komen yg membina dan membetulkan fakta2 yg dimasukkan.

Terima kasih.

Leyla Shuri said...

Boleh, beri dateline, saya cuba.
Sekarang pun saya sedang membuat satu projek penulisan...eh bukan satu, dua sekali jalan.
dah dekat setahun tak habis2. bilalah nak siap. tapi hari2 buat eh bukan buat...maksud saya tulis.

Dateline, jgn minta cepat2 sangat.