Sunday, April 26, 2009
BERBASIKAL DI CAMERON HIGHLAND
KAMI bertiga meninggalkan Hotel Rosa Passadena pada jam 4.30pm dan mula mengayuh pada jam 5pm. Kami berkayuh dalam kebun teh Boh, Cameron Highland. Kayuhan ini berakhir pada jam 7pm. Ini bermakna kami berkayuh pusing-pusing ladang teh, termasuk berhanti selama dua jam.
Bermula di tempat letak kereta, kami mengikuti trak di sebelah kiri sehingga tiba di tepi sungai dan agak sukar untuk direntasi. Perjalanan di sini lebih kurang dari Genting Sempah ke Janda Baik. Semasa pergi seronok menurun dan apabila pulang, sendiri mau ingat beb!.
Kemudian trak kedua ialah dalam kebun teh sendiri. Menaiki bukit semasa pergi dan menurun bukit semasa pulang. Bukit-bukitnya tidaklah begitu tinggi, cuma curam di sebelah gaung sepanjang perjalanan. Maknanya jika kurang berhati-hati akan terpelantinglah jauh ke bawah. Permandangan sungguh indah dan trak-berkembar adalah sangat baik untuk MTB. Paling menarik ialah cuaca sejuk yang amat nyaman.
Bagi saya, inilah kayuhan yang paling indah. Amat rugi bagi sesiapa yang tidak dapat merasai peluang berkayuh di sini. Pemandangan cantik. Cuaca nyaman. Lebih indah lagi sekiranya berkayuh di sebelah pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Sungguh indah permandangan kebun teh di Cameron Highlands. Cuaca sejuk2 gini, Encik MBA tidak berhenti menikmati teh susu panas ke?
Cath;
Kita berkayuh sebelah petang. Teh susu panas sudah ditutup. Minum air kosong sajalah.
Salam,
Pengalaman yang pastinya mengujakan. Rugilah tak ikut tuan. :D
MBA,
ada bercadang utk buat kayuhan kali kedua? pasti ramai yg berminat turut serta.
BIASANYA kayuhan ini dibuat beberapa kali dalam setahun. Dari Tapah ke Cameron.
Nak joint?>
Post a Comment