Labels

Saturday, April 18, 2009

SATU ANUGERAH


DALAM penerbangan dari KLIA ke KK dan Lahad Datu, saya khatam sebuah buku berjudul "Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah" (KAWSA). Amat jarfang sekali saya boleh menghabiskan sebuah buku setebal 163 mukasurat sebegini dalam penerbangan yang tidak begitu panjang. Namun KAWSA sangat berlainan. Ia sangat seronok dibaca. Buku ini ditulis oleh seorang bapa kepada seorang anak istimewa. Ia menceritakan pengembaraan keluarga ini ke segenap pelusuk negara, malahan dunia untuk menyembuhkan penyakit yang dialami oleh Atiq Wazif semenjak lahir.

Terlalu banyak pengajaran yang disampaikan dalam buku yang sangat menarik dibaca ini. Gaya penceritaannya seolah-olah kita begitu rapat dengan Atiq dan keluarga ini. Bahasa yang digunakan sungguh mudah dan senang dibaca. Jikalah saya mampu menulis begini, alangkan seronoknya!.

Dalam penerbangan pulang, saya sedikitpun tidak ada mood untuk membaca walaupun bersama saya check-in ada lagi sebuah novel yang sudah lama ingin saya baca. Mood bukan sahaja penting untuk menulis, malahan untuk membaca juga.

No comments: