Teori RAHMAN sudah ke penghujung.
(R) Tunku Abdul Rahman (A) Abdul Razak (H) Hussein Onn (M) Mahathir Mohamad (A) Abdullah Ahmad Badawi (N) Najib Razak. Selepas ini?.
Gagasan Najib ialah "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan".
Apakah kefahaman anda mengenai gagasan ini?.
SATU MALAYSIA - Malaysia adalah satu, sebuah negara (sahaja). Tidak ada negara dalam negara. Tidak ada Tanah Melayu. Tidak ada bangsa lain selain dari Bangsa Malaysia. Satu bahasa, Bahasa Malaysia. semuanya satu, hanya satu.
RAKYAT DIDAHULUKAN - Siapakah rakyat?. Kita semua!. Siapa lagi selain daripada rakyat?. Sudah tentu pemimpin. Dalam negara hanya ada dua warga: Rakyat dan Pemimpin. Dalam hal ini Rakyat didahulukan. Maknanya pemimpin dikemudiankan. Adakah dahulu maksudnya istimewa?. Adakah ungkapan ini akan berbeza sekiranya ditulis "Rakyat Diutamakan?".
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN - Pencapaian bermaksud (Kamus Dewan) "Apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh).Apakah maksudnya?. Adakah ia bermaksud mengutamakan apa yang telah dicapai?. Untuk apa?.
Ulasan anda dialu-alukan.
1 comment:
hanya era baru
mungkin...
perubahan di nanti.
berpendapat: satu malaysia harus menuju domestik/localised economy kepada satu tahap yg lebih memberansangkan. dgn itu rakyat mesti didahulukan, pemimpin & org luar mesti dipastikan kemudian. pemantauan yg kukuh bg prestasi pencapaian diutamakan.
pesanan kalau tak sanggup.
Post a Comment