Labels

Monday, April 06, 2009

BERMAIN HUJAN F1


SEMALAM saya ke Sepang International Circuit (SIC) lagi menemani kawan yang belum pernah ke F1. Seperti biasalah, F1: laju dan bising. Walaupun langit mendung, kami tetap bertolak juga kerana tiket sudah di tangan. Apabila tiba di SIC, hujan mula turun dan tidak ada tempat letak kereta lagi yang berdekatan dengan lokasi Grandstand. Kami terpaksalah meletak kereta di hujung bukit dengan bayaran RM50 dan perlu menaiki bas pula untuk ke Grandstand. F1 kali ini terpaksa dihentikan separuh jalan kerana hujan lebat.

F1 ini sebenarnya sukan. Cuma penontonnya mungkin tidak bersifat kesukanan. Merokok bagaikan suatu pesta. Arak dijual dengan bebas. Masa inilah pemuda (dan pemudi) Melayu dengan bebas juga membeli dan minum arak. Pesta pakaian tunjuk pusat pula merupakan kemestian. Kawan saya kata, kawan dia yang suka sangat datang ke F1 adalah kerana ia berjudi. Entahlah labu.

Kawan saya pula tidak pernah mis F1. Sudah 9 kali F1, sudah 9X lah dia datang menonton. Secara berseloroh saya berkata kepadanya "kamu ni jika tidak ada penglihatanpun kamu boleh 'nampak' kereta mana yang melintas". Dari bunyi kereta sahajapun dia sudah tahu siapa pemandunya. Hebat dia.

No comments: