Labels

Thursday, April 30, 2009

JANGAN BELI iPHONE


SEBELUM berkayuh malam tadi, saya telah nekad untuk memiliki iPhone. Maklumlah, ia serba canggih dan harganya juga tidaklah mahal sangat. Cuma bayar RM1500 dan kita telah boleh menggunakan iPhone dengan komitmen RM100 sebulan selama 12 atau 24 bulan. Saya bercadang untuk menggunakannya selama 12 bulan sahaja dan selepas itu iPhone akan digunakan menggunakan nombor lain.

Tiba di kedai:-

I: Ada jual iPhone?
X: Demo set tak ada
I: Jika booking berapa lama boleh dapat?
X: Jika tak ada stok seminggu. Jika ada stok 2 jam
I: OK saya nak booking satu. Berapa kena bayar, paling murah?.
X: Paling murah RM1500, komitmen RM100 sebulan dan advance RM400. Jadi encik perlu bayar RM1900 terus iPhone milik encik.
I: Baiklah
X: Encik ... iPhone tak bagus. Tak boleh MMS, tak boleh video call
I: Saya tahu, saya dah baca, saya nak jugak
X: Encik.... Julai nanti ada iPhone baru. Boleh MMS, boleh video call
I: Ah.... tentu harga mahal
X: HArga memang mahal, tapi encik tunggu saja JUlai, iPhone ini akan turun harga. Baru beli.
I: Ya tak ya juga. JUlai tak lama lagi, boleh tunggu. Terima kasih.
X: sama-sama

Ada juga pekedai yang jujur begini. Terima kasihlah.

9 comments:

Cat Cat said...

Begitu jujur sekali perkerja Malaysia. Tentu ramai Taukeh kedai sakit kepala.

mba2u said...

"jujur" di Malaysia adalah merupakan satu berita. Jika di US, barangkali mereka boleh didakwa jika tidak memberitahu perkara sebenar kepada bakal pembeli. Menyembunyikan fakta.

Entahlah.

Anonymous said...

Alahai baik sungguh dia. Cepatlah bos tutup kedai :D

~zalisamaz~

mba2u said...

Didoakan dia mendapat rezeki yang berkat.

Amin.

aineena said...

alhamdulillah masih ada pekedai yg jujur instead of "mengenakan" orang.

smd said...

mungkin jgk pekedai tu silap. sebab yg apple nak keluar kan pada june/july ini upgrade OS dari 2.0 kepada 3.0... iphone OS 3.0 yg support MMS.

OS 3.0 ni boleh di upgrade melalui apps store.iphone + ipod yg skrg ni boleh upgrade ke 3.0 apabila dah release nnt.

mba2u said...

JIka begitulah ..... elok saya beli iPhone sekarang juga!.

Terima kasish SMD!.

saiFz said...

Tuan, satu soalan.

Yang dimaksudakn dalam entri di atas adalah pekedai atau pekerja?

Bangsa pekedai atau pekerja?

Saja teruja nak tahu ?....:-)

mba2u said...

Pekedai (penjaga kedai) Bumiputera.
Dia yang menjaga dan menguruskan kedai sebab tuan punya kedai tidak pernah turun ke kedai sebab terlalu banyak kedai/bisnes yang perlu dijaga.