Labels

Tuesday, April 21, 2009

NASI LEMAK BONDA


SAYA meninggalkan rumah jam 5 pagi menuju Putrajaya Sentral untuk menaiki ERL ke KLIA. Dari KLIA berlepas ke Pulau Pinang. Dalam masa yang sama rakan semesyuarat meninggalkan rumah ke destinasi yang sama dengan memandu kereta. Mereka tiba di bilik mesyuarat jam 9am dan saya tiba jam 10.30am.

Apakah bezanya?. Saya sempat menghabiskan "Nasi Lemak Bonda" setebal 202 mukasurat. Novel cilik ini adalah merupakan sebahagian daripada pra-syarat untuk dibaca sebelum boleh menulis novel sejenis dengannya.

4 comments:

IlhamHamdani said...

Salam Tuan MBA yang dihormati,

Apa khabar? Lama sungguh tak berjumpa (secara maya) dengan Tuan.

Wah, makin bersemangat Tuan menulis, bagus-bagus. Agak-agak adakah kemungkinan untuk kita berkongsi menulis tentang Nihon?

IlhamHamdani(dulu dikenali sebagai Addeen BandarSepi)
Canberra, Australia

mba2u said...

Salam Addeen;

Alhamdulillah, khabar baik.
Bukan sahaja perjumpaan maya, kita kan pernah bertemu secara nyata?. Semasa penyerahan anak angkat Jepun anjuran JICA dulu. Apa khabar adik angkat Addeen sekarang?.

Saya baru mengemukakan manuskrip "Tavelog Jepun" kepada PTS beberapa hari yang lepas.

Ya..ya, kita boleh bincang mengenai penulisan tersebut.

MBA - diharamkan daripada memasuki Ausralia. "Say NO to Australia".

Anonymous said...

menarik Nasi Lemak Bonda.
masih mencuba tulis versi seumpamanya .
kalau MBA jumpa petua & pemuda (dari N.L.B), moga kongsi sama.
terima kasih.

mba2u said...

Bagaimana bisa saya berkongsi dengan Anonymous?.