Labels

Saturday, March 21, 2009

PCM KE-12 (GERENTI 119 ORANG DATANG)

Putrajaya Critical Mass - 27 March 2009

Hei, datang-lah beramai-ramai ke Putrajaya Critical Mass.

Date: 27 March 2009
Venue: Palace of Justice (Jabatan Kehakiman), Putrajaya
Meeting time: 9.00 PM
Ride time: 9.30 PM
Distance: About 20km
Ride speed: 15-25km/h

Boleh? Jumpa di sana!

Kepada penganjur PCM yang rasa was-was, usah risau. Jika PCM ke-11 terdapat 120 orang peserta, PCM kali ini cuma seorang sahaja yang tidak datang. Putrajaya akan dikunjungi oleh 119 orang minima. Jika lebih, ia bonus

Janji, tepati waktu.

p.s Adakah syarat no.6 terpakai untuk kayuhan ini?

10 comments:

Anonymous said...

kepada saudara MBA.

walaupun ianya kurang mandapat sambutan. walaupun hanya 3 orang sahaja yang akan datang. kayuhan tetap diteruskan. dan kalau ianya 119 orang yang akan datang. dan saudara MBA tidak dapat datang. ianya juga tidak memberi apa2 impak kepada PCM.

dan, jika pengundi yang lebih itu adalah pengundi yang baru cukup umur, dan saudara pula tidak keluar mengundi. saya kira saudara sudah pun lanjut umur dan telah pun mati untuk keluar mengundi.

saudara bebas untuk berkata apa2pun, kerana kami malas nak melayan perangai orang tua bongok macam saudara. Terima kasih.

"tidak berpuas hati dengan cara saya meninggalkan comment? cari saya di PCM minggu depan..."

mba2u said...

Malang sungguhlah bagi makhluk yg tidak faham maksud "mass". Dalam kamus manakah 3 orang sudah boleh jadi mass?

Jika tidak puas hati, mengapa perlu saya buang masa bertemu dengan makhluk sedemikian?.

Anonymous said...

Saya nasihatkan MBA ikutlah pendapat ramai. Jangan dok syok sendiri dengan kata-kata yang tidak selayaknya. Lagipun MBA seorang tidak akan merubah dunia.

Ayuh, kita kayuh walau pun tanpa MBA.

Anonymous said...

SYARAT NO 6 BUKAN SAHAJA TERPAKAI TETAPI AKAN DIKEKALKAN SAMPAI BILA-BILA

Anonymous said...

pada yg berkenaan:

"Wahai orang-orang yang beriman sekiranya datang kepada kamu orang fasik dengan berita-berita maka siasatlah (terlebih dahulu) kebenarannya (kerana bimbang) kalau-kalau kamu mengenai sesuatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu” (al-hujurat:6)

fikir-fikirkan lah..
jangan hanya tau menulis, tetapi tidak tau membaca.. jangan la terlalu fokus pada masalah.. apa kata kita cari jalan penyelesaiannya bersama..

salam..

Ahmad Fairuz B. Abdul Aziz said...

en. ngok...
bacaa tu...

Definitions of critical mass on the Web:

* the minimum amount (of something) required to start or maintain a venture;

Anonymous said...

Peraturan No 6 dibuat oleh ROP. PCM tiada kena mengena. Jika Incik MBA 'terasa' dengan peraturan tersebut, kenapa pula PCM yang dihentam?.

Kenapa perlu diwar-war yang Incik MBA tidak akan menyertai PCM kali ini dan merendahkan peserta-peserta yang akan menyertai PCM adalah 'pengundi' yang baru cukup umur?.

Mungkin Incik MBA, sudah merasakan diri cukup hebat, ye la, sebagai orang yang menubuhkan PER (http://mba2u.blogspot.com/2009/03/putrajaya-e-riders-pers-vol-1.html) tetapi adakah orang lain tidak hebat?.

Saya faham, dari vol1 - vo3, apa yang saya nampak adalah untuk mengetengahkan dan memberitahu dunia tentang 'leadership' Incik MBA dalam menganjur dan mengorganisasikan acara berbasikal. Tetapi adakah menganjur dan mengorganisasikan acara yang pada pandangan saya, acara sukan 'budak taska/darjah 1' sudah cukup bagus untuk menghentam acara orang lain?.

Atau adakah kerana PCM yang memakai nama Putrajaya perlu 'diserahkan' kepada PER yang juga memakai nama Putrajaya dihadapannya yang mana diasaskan oleh 'leadership' Incik MBA?. Saya ada membaca komen dan cadangan salah seorang ahli PER dalam blog PCM dan PCM ke 11 yang julung kalinya diadakan di Palace of Justice adalah berdasarkan kepada cadangan PER. Ada bibit-bibit awal 'minat' PER terhadap PCM.

Incik MBA, walaupun blog ini seperti orang cakap 'ikut suka hati mak bapak nak tulis apa' tetapi tolong berhati-hati bila menulis.

btw, Incik MBA, kalau nak cari nama atau nak glamer supaya orang kenal siapa itu MBA, tak perlulah guna cara begini. Walaupun boleh berjaya, ianya dianggap 'keji'.

Anonymous said...

kpd saudara apai & rakan rakan nya,
korang amuk & kata kesat .. kenapa pulak? mcm tak boleh di kritik je? tak paham isi teguran barangkali. TAK TEPATI MASA = NO RESPECT. kayuh kayuh gak... selalunya dtg lambat + start kayuh lambat. tak ikut perjanjian. BOSAN.

Anonymous said...

assalamualaikum,

udah2 la tu weh... ape la bodoh sgt korg ni... taik punye hal pun mau gado ka? kalau 119 org ke 120 org ke 3 org ke sorg ke, org tua ganyut kuat makan AJINOMOTO ke pengundi baru cukup umor ke, org baru baligh or blom baligh ke, kayuh beskal tu kayuh beskal je la...

tayah la hentam sane sini... buat ape bertelagah sesame melayu, korg tau tak buat camni menunjukkan betapa kite ni ke arah akhir zaman - org Islam tanak besatu...

ape nak dikecohkan kalau lambat ke, cepat ke, kurang sorg ke, organizer lambat ke, organizer PERs hebat ke... syarat no.6 ke no.300 ke, cube masing² bawak berdamai... bukan hebat mane pun, bawak beskal kene langgar 120km/j dgn kete pun bleh mati jugak kannnnnnnnnnnnnn

mintak masing² bagi la kejesame pada mane² ride yg diri sendri sudi nak contribute. kalau rase pakcik MBA ni hebat tang mane² part tu, kalau sudi nak contribute, silakan. pada yg nak dtg utk PCM tu, jgn la buat hal lagi dtg lambat, sile hormat pada yg dtg awal...

ingat la kawan², PCM or PERs or mane² ride yg lain sumenye ke arah kebaikan rohani & jasmani. perlu ke ade unsur² kotor macam kutuk mengutuk, condemn sane sini, kate org tu kate org ni pada 1 aktiviti yg sihat? sikit² bleh la sume pihak amik positive, tapi ni tgk da melarat² plak... jgn smpi perangai budak² yg kite sume tunjukkan, org lain menyampah da nak dtg mane² kayuh... mane yg silap tu kite maafkan la, manusia tak sehebat dan perfect mane pun, kite masing² makan nasik jugak...

saye tak menyebelahi mane² pihak, salah tetap salah, tapi bagi la masing² peluang utk perbetulkan diri sendri.

OK GO! VOTE FOR EARTH! :D

Anonymous said...

udah udah le tuh bergaduh..