Labels

Monday, March 09, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN RASUL

HARI ini 12 Rabiulawal bersamaan dengan 9 Mac adalah hari ulangtahun keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini juga adalah merupakan cuti umum di negara kita.

Selain daripada bercuti, apakah aktiviti yang kita lakukan?. Apakah yang sepatutnya kita lakukan?. Sudah bertahun-tahun kita 'menyambut' birthday Nabi ini, namun setiap tahun jugalah kita lupa. Saya ambil satu contoh di tempat saya. Kira-kira dua minggu lepas, kami dipanggil mesyuarat untuk menyambut 'birthday' ini. Tarikh sambutan yang dicadangkan dalam agenda ialah 21 Mac. Apabila ditanya mengapa sambut birthday 2 minggu terlewat daripada tarikh, pengerusi memberi jawapan bahawa 21 Mac masih lagi dalam bulan Rabiulawal.

+ "Tuan, kita nak sambut hari lahir ataupun bulan lahir?"

- "Tiap-tiap tahunpun kita buat macam ini, asalkan dalam bulan Rabiulawal masih OK lagi"

+ "Apa nasnya yang tuan pegang?"

- "Apa pula nas-nas. Jika tak mahu sambut sudahlah. Kami bukan paksa. Kami tidak minta dermapun".

+ "Apa kata tahun depan kita sambut 1 Rabiulawal?. Cepat sikit ....."

hahhahahahhaa

No comments: