Tuesday, March 03, 2009
PUTRAJAYA E RIDERS (PERs) : VOL 3
[Ini adalah foto PCM Feb 2009 - Kayuhan PCM terakhir saya seandainya pihak penganjur masih mengutamakan bilangan basikalis berbanding dengan ketepatan waktu]
Bagaimana PERs ditubuhkan?. Ini versi Dr.Taufik:-
Kenapa saya berbasikal?
Ia bermula dengan keinginan saya untuk bersenam, tak kiralah senaman apa pun.
Kenapa saya nak sangat bersenam?
Semenjak 4 tahun lepas, hobi saya adalah bermain golf. Sampai sekarang pun saya kira saya masih bermain golf, cuma tidak sekerap dulu.
Sejak 4 tahun lepas, berat badan saya telah meningkat dengan mendadak, dari 72kg ke 82kg. Selain itu, tekanan daah saya juga tinggi, sekitar 140/90. Bacaan itu sebenarnya adalah indikasi untuk saya memakan ubat darah tinggi.
Itu sebenarnya menguatkan semangat saya untuk mula bersenam, dan mengurangkan bermain golf.
Pada Sept 2008, berlaku perbincangan di palmx yahoogroups berkenaan Putrajaya Critical Mass, yang mana ada satu kayuhan yang akan dibuat dalam bulan puasa. Dalam perbincanan itu, MBA telah mencadangakan agar sesiapa yang berminat untuk berkayuh, untuk membeli MTB Proton T-bolt.
Maka pencarian saya bermula dengan mula bertanya-tanya kepada rakan-rakan, di mana nak beli satu Proton T-bolt. akhirnya, kami telah ditunjukkan ke sebuah kedai di Batu Caves dan seterusnya di Selayang. Saya masih ingat lagi saya & Dr. Azmi, sama-sama ke kedai itu membeli 2 buah proton T-bolt dgn harga RM850.00 sebuah.
Disitulah bermulanya saya berbasikal. Kayuhah keliling taman. Kayuhan pertama saya adalah sekitar 3km. Saya call Dr. Azmi dgn begitu excited sekali yang saya boleh kayuh 3km!. Itupun sebenarnya sudah mengah. Dr. Azmi kata dia boleh kayuh 5km. Kesokan harinya, saya try 5km, macam nak mampos saya dibuatnya. Almaklumlah, masa tuh bulan puasa. Jadi saya juga berkayuh ke surau, 500meter dari rumah saya untuk solat terawih.
Kayuhan beramai-ramai pertama adalah pada 24 oktober 2008. MBA lah yg telah organize kayuhan ini bersama beberapa rakan lain, seperti Muhaimi, Dr. Rapi, Azmi Hasim, Dr. Azrin, Won di Wetland Putrajaya. Lihat gambar: http://www.facebook.com/album.php?aid=45154&id=742535171&l=919f5
Pada keesokan harinya (25 oktober 2008), saya berkayuh pula dengan geng SDAR, again MBA juga yang organize kayuhan ini. Masa itu, ada abedib, saifudin, nadim shah, ghazali, aliff dll.
Barangkali benar, saya yang organize, tapi bukan saya yang lead
Dari situ, bermulalah sesi kayuhan, demi kayuhan dan akhirnya group PERs telah ditubuhkan.
Alhamdulillah, dengan adanya kumpulan ini, telah memberikan lebih semangat untuk terus berkayuh dan berkayuh dan berkayuh, tak kira PMR, PNR, PER, PCM, PAR, sendirian, berkumpulan dan sebagainya.
Alhamdulilah, tekanan darah saya dapat saya kawal dan sehingga kini saya telah menurunkan berat badan saya sebanyak 8kg.
Saya akan terus berkayuh untuk kesihatan. Saya akan berkayuh untuk menikmati alam ciptaan tuhan. Saya akan berkayuh bersama keluarga. Jika saya ingin freedom, saya suka berkayuh berseorangan. Dan sepanjang saya berkayuh, saya pernah berkayuh dari rumah saya ke bagan lalang sejauh 65km guna MTB. Saya pernah berkayuh dari sg besar-->tg. karang-->sg. besar sejauh 80km, naik MTB sendirian. Walaupun saya lebih suka berkayuh sendirian, tapi nikmatnya tidak sama jika berkayuh dengan kawan-kawan.
Kawan-kawan banyak memberi semangat. kawan-kawan banyak memberi maklumat. kawan-kawan banyak membuka minda. Saya mohon maaf kepada semua kawan-kawan jika saya terkasar bahasa dalam tempoh berbasikal bersama anda.
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam...sekadar satu pertanyaan...bukan berniat kurang ajar...sekadar ingin tahu...kenapa setiap di setiap permulaan posting perlu diulang tentang PCM bermula lambat dr waktunya?? apakah sekali tidak cukup??
masuk posting ini rasanye dah yg ke-4...boleh saya tahu aper motif??
dan kenapa penganjur ditekan disini???PCM tiada penganjur sekadar sukarelawan yg ingin membuat sesuatu yg baik utk masyarakat...patut kita sokong bukan menindas...
Sepekara lagi..adakah pihak tuan tahu bahawa saudara Firdaus datang lambat kenapa?? jangan tuduh membab* buta...selidik dahulu..bg saya patut dia diberikan "respect" kerana datang juga pada PCM walaupun dia mempunyai masalah...begitu tabah jiwa beliau...
Tuan sendiri meletakkan ayat ini di blog...
"Wahai orang-orang yang beriman sekiranya datang kepada kamu orang fasik dengan berita-berita maka siasatlah (terlebih dahulu) kebenarannya (kerana bimbang) kalau-kalau kamu mengenai sesuatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu” (al-hujurat:6)
satu soalan saya ingin bertanya kembali...kenapa pihak tuan joined PCM?? ingin berkayuh secara beramai2x atau sebaliknya??
kalau sekiranya masa menjadi percaturan bg pihak tuan...aper kata tepat jam 8.30pm..pihak tuan silalah membuat kayuhan...tiada yg melarang...boleh jd tuan boleh menamakannya "kayuhan PER" yg tuan banggakan...tetapi saya hairan kenapa pula pihak tuan juga menunggu utk kayuh bersama-sama penunggang lain???..adakah kerana ingin merasa kayuh secara beramai2x??
Maaf dipohon sekiranya terkasar bahasa...tetapi pihak tuan tidak perlulah menjadikan perkara ini satu perkara besar dgn mewar-warkanya di setiap posting blog...org tahu dgn sekali baca...rakyat Malaysia ni educated...
**maaf byk post delete coz editing..
Mekasih..
RELAKS - RELAKS BEB. Nampak selesa hampa semua berbincang. duduk ada kerusi.
Nun di Ipoh, depa bersidang sambil berdiri di tengah panas
setelah saye bace post bertajuk "PERs : Vol 1-3" saye paham yg pakcik ni seorg organizer yg bagus!
ape kate sumbang jase/tenaga/mase/idea atau pape yg positive pada PCM yg dikelolakan oleh majority org muda² ni.
org melayu kate "org tua lagi banyak makan garam" mesti pakcik lebih berpengalaman utk handle event² camni since pakcik da banyak mengeluarkan point² yg sahih mengatakan pakcik seorg organizer yg bagus dlm post vol 1-3.
PCM 11 secara kebetulan saya tidak dapat hadir berkayuh kerana kecederaan di lutut kaki saya belum pulih sepenuhnya. Walaupun saya datang jauh dari Batang Berjuntai, menyertai kayuhan dengan Basikal Tua, kelewatan memulakan kayuhan tidak jadi halangan atau dirasai. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam perkara ini, yang cuma saya dinaklumkan program di urus-selia secara sukarela. Maknanya tiada satu badan penganjur rasmi, ini keunikan yang saya nampak dan saya amat kagum. Semuanya saya terima dengan keadaan yang sedia ada, walaupun dimulakan lewat dan tamat pun jadi larut malam(selalunya saya sampai rumah jam 2.30 pagi). Tetapi tak pernah saya terfikir akan timbul dan menjadi isu serious dan salah-menyalahi antara sesama kita. Maklumat untuk acara itu PCM ini juga saya dapati daripada blog rakan-rakan. Saya yakin masing-masing ada peranan yang boleh digembeling bersama untuk melancarkan program PCM ini untuk masa akan datang. Duduklah bersama-sama dan berbincang dengan baik untuk mengatasi sebarang masalah semasa iaitu kelewatan memulakan kayuhan. Saya percaya ramai bersedia untuk mengemukakan buah fikiran yang bernas. Di kalangan pengayuh yang telah menyertai kayuhan daripada PCM 1 hingga PCM 11, tentulah sudah saling kenal mengenali, ambillah kesempatan ini untuk duduk di meja perundingan. Saya dapati ramai di kalangan pengayuh mempunyai ruang dan kepakaran yang hebat-hebat.
Pengalaman saya yang baru dalam bidang ini ialah kesukaran dan kepayahan mengajak orang awam (sanak-saudara, kawan-kawan, anak-isteri/suami) untuk berkayuh basikal, samada basikal tua dan moden. Terlalu banyak alasan diluahkan. Saya sengaja mengayuh basikal tua, untuk menarik perhatian peminat basikal tua untuk berkayuh dengan cara betul demi kesihatan. Malangnya ramai menjadikan idea saya itu bahan ejekan dan sinis. Mahu tak mahu saya kayuh sendirian, malu saya tolak ketepi yang penting tahap kesihatan saya semakin baik berbanding mereka yang menjaga rapi dan menyimpan basikal seolah-olah bahan muzium. Sebab itu saya menyertai PCM, pertama kali di PCM 8 saya berkayuh terdengar juga cakap-cakap "kurang", tapi saya tak kisah, setidaknya malam itu ada "bahan kelakar". Natijahnya PCM harus diteruskan dan dapat disertai oleh semua orang samada pengayuh lama ataupun yang baru. Sebenarnya ramai di luar sana ingin menjadikan berbasikal sebagai salah satu bentuk riadah, tetapi tidak ada tempat dan ruang yang sesuai. Di Putrajaya, saya lihat bentuk geografi, kemudahan yang ada cukup sesuai untuk menjalankan aktiviti ini. Dengan situasi ini kita boleh mengajak mereka yang malu berkayuh sendirian memasuki kumpulan seperti PCM ini.
Kepada MBA2U dan yang lain-lain, kita masih ada masa untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan. Insya Allah, jumpa baik-baik pasti menghasilkan kerja yang bermutu.
Jumpa lagi dan jangan lupa di Kayuhan Sawah Padi, Tanjung Karang, kita duduk makan nasi ambeng atau nasi lauk ayam kampung bersama-sama.
Wassalam
Post a Comment