Labels

Sunday, March 08, 2009

KAYUHAN SAWAH PADI (KSP) MENGEMBALIKAN NOSTALGIA





SEAWAL jam 4 pagi saya sudah bersiap untuk tiba 5am d TWP dan seterusnyab 6am di R&R Elmina. Kayuhan Sawah Padi yang melibatkan 30 orang peserta ini telah mengembalikan beberapa nostalgia dan menghidupkan kembali beberapa istilah yang telah lama tenggelam.

Cedung padi - tanam padi
Kini benih padi ditabur sahaja dalam bendang. Tempat saya dahulu jika benih padi ditabur, alamak ia akan dimakan oleh burung dan hampa sahajalah para petani. Oleh itu benih padi disemai terlebih dahulu sebelum dicedung.
+ Cedung pakai kuku kambing ke?
- Tidak, guna tangan sahaja.

Ketam padi
Padi diketam di tangkainya dan bukan dituai dengan batang-batangnya. Kini mesin digunakan.

Kepok padi
Selepas padi diketam, ia disimpan dalam kepok. Ia itu rumah atau bangsal yang khusus untuk padi. Di sinilah peribahasa "ayam di kepok mati kelaparan" muncul.

Ngirek padi
JIka padi dituai pada batangnya, ia dipukul atau dibanting untuk merelaikan padi daripada tangkainya. Jika padi diketam, bagaimana prosesnya pula?. Ia dipijak-pijak atau lebih dikenali sebagai irek

Tumbuk Padi
Beras dihasilkan daripada padi. Kini padi dihantar untuk dimesin. Dulu padi ditumbuk atau dikisar menggunakan lesung ataupun pengisar.

Oh nostalgia!.

Saya juga pertama kali melihat dan mengetahui bahawa orang CVina dan orang India juga bertanam padi!.

No comments: