Thursday, March 19, 2009
MISKIN: ROTI ATAU NASI?
MANUSIA dari seluruh Malaya membicarakan tentang pelajar cemerlang SPM 20A yang datangnya daripada sebuah keluarga miskin.
Pelbagai bantuan datang mencurah-curah.
Bermacam teori dikeluarkan.
Ehwal pemakanan. Puasa. Kesihatan. Taat kepada ibu bapa. Hormat guru
dan pelbagai.
Beliau dikatakan tidak mampu mampu makan nasi, cuma makan roti. Makan roti banyak-banyak. Suka sangat dengan roti dan akhirnya bercita-cita untuk buat roti.
Barangkali jika jenama roti terkenal seantero Malaya datang buat advertisement, sudah tentu jenama rotinya akan laku keras. Roti pintar...
Saya juga datangnya daripada keluarga susah, dari sebuah daerah yang sangat miskin. Apa yang berbeza ialah, saya tidak pandai. Orang di daerah saya juga tidak ada yang dapat A. Itu sahaja. Jika tidak sudah tentu rumah buruk kami akan terpamer seluruh dunia. Sudah tentu daerah usang kami jadi sesak dengan kenderaan yang bertalu-talu datang.
Bercakap soal kemiskinan, saya teringat zaman saya bersekolah. Anak-anak miskin sezaman dengan saya tidak mampu makan roti. Mereka hanya makan nasi. Hanya makan nasi kosong sahaja yang dibungkus dalam upih dan dibawa ke sekolah. Zaman itu belum ada tupperware ataupun apa-apa plasticware. Semua kami tidak mampu makan roti sebab roti kena beli. Beli perlukan pitis (duit). Kami tidak ada duit. Kami boleh makan nasi sebab emak-bapak kami tanam padi huma. Padi ditui lalu dihirik dan ditumbuk jadi beras. Beras ditanak menjadi nasi. nasi dibungkus bawa bekal ke sekolah. Tidak ada lauk. Tidak ada ikan. Tidak ada ayam. Bilis jauh sekali. Hanya nasi kosong sahaja. Ikan kena beli. Ayam hanya beberapamkali setahun. Ayam yang dipelihara untuk diambil telurnya. Ayampun tidak mahu bertelur, mungkin tidak cukup makan juga. Daging hanya dimakan setahun sekali, musim raya.
Berbalik kepada budak pintar 20A anak nelayan, dia mampu beli roti. Maknanya dia ada pitis untuk beli roti. Jika begitu dia memang mampu makan nasi. Boleh beli beras. Boleh bawa bekal ikan segar dari laut yang ayahnya tangkap. Barangkali..... barangkali, dia sudah dengar yang Profesor Diraja Ungku Aziz kata 'nasi itu racun' (bagi dia). Makan roti otak jadi bagus. Makan nasi jadi bodoh. Barangkali...
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
en mba
jangan lupa bapanya nelayan bukan petani padi huma, beras kena beli dan roti juga kena beli. beli roti lebih murah dari beras lg pong dah siap untuk makan. bagi mereka yang tak banyak guna tenaga, makan roti mencukupi untuk sepanjang pagi tp bagi yg menggunakan tenaga untuk mendapat sesuap nasi, roti tidak mencukupi sbb itu org kg makan nasi untuk bekerja sepanjang hari, mereka2 yg kerja opis boleh hidup hanya dengan sekeping roti atau sebelah kurma tp bagi yg membanting tulang ... nasinya kena sepinggang penuh, laut hanya option kalau tiada tidak menghilang selera dan kalau ada pong hanya bonus.
aw1..
Post a Comment