Thursday, March 26, 2009
KEMAJUAN PENULISAN BUKU
PENULISAN buku "Buat Duit Dengan Foto" bermula setelah menghadiri bengkel Buku Siri Buat Duit pada Sabtu, 28 Jun 2008. Buku ini dijadualkan diterbitkan pada 1 April 2009. Ini bermakna ia mengambil masa selama 8 bulan untuk menjadi kenyataan. Ya, bukan senang untuk menghasilkan sebuah buku.
Apa yang ingin kongsikan ialah sebenarnya saya sangat bersyukur kerana buku yang dirancang akhirnya dapat direalisasikan. Hingga kini terdapat hanya 10 buku Siri Buat Duit telah dikeluarkan. Ia adalah daripada lebih dari 30 tajuk yang telah dikenalpasti. Maknanya laju jugalah saya menulis ;-)
Buku-buku lain ialah:-
1.Buat duit dengan ikan keli 19/11
2.Buat duit dengan cendawan 1/12
3.Buat duit dengan cenderamata 7/1
4.Buat duit dengan blog 18/3
5.Buat duit dengan tuisyen 23/3
6.Buat duit dengan cacing tanah 23/3
7.Buat duit dengan jual pakaian 1/4
8.Buat duit dengan lembu 1/4
9.Buat duit dengan restoran 1/4
10.Buat duit dengan foto 1/4
Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam;
Hantarlah foto sekali utk diiklankan.
"Buat duit dengan lembu" mcm kelakar jer tajuknya. Dah tergelak nih.
Post a Comment