Labels

Sunday, March 22, 2009

SUSAHNYA MENULIS

Saqya ditugaskan untuk menulis satu tajuk dalam sebuah buku. Sudah sebulan lebih minda saya berputar-putar menulis. Ya, saya menulis dalam minda. Saya menulis semasa sibuk, semasa lapang, semasa sedar dan semasa tidur sayapun. Menulis satu bab bukannya susah sangat. Namun ia bukanlah kerja mudah, malahan sangat menyiksakan. Sudah hampir` sebulan, satu bab sahaja yang diperlukan dan saya masih belum dapat menyiapkannya walaupun setiap hari saya menulis. Saya pernah menyiapkan sebuah buku dalam masa sebulan. Ini hanyalah satu bab sahaja...

Apakah sebabnya?. Sebulan sebuah buku itu adalah buku saya. Sebenarnya saya sudah menulis dalam minda sudah berbulan-bulan. Sebulan satu bab yang ini ialah buku orang, itulah bezanya.

Menulis dan mencoret ada bezanya
Menconteng dan melukis tidak sama

Saya sedang `menulis sambil membuat coretan ini.

1 comment:

Leyla Shuri said...

salam,

menulis sambil membuat coretan...masih boleh diterima.

kalau macam saya 24 jam berada di rumah tapi tak boleh menulis...boleh terima tak?

bersyukurlah, org lain lebih dasyat!