Labels

Tuesday, March 10, 2009

PCM TERAKHIR : ANDA PERLUKAN JAWAPAN?.


ENTRI saya "Kayuhan Gaza: PCM Terakhir" adalah berkaitan dengan hasrat saya untuk tidak lagi menyertai PCM sekiranya pihak penganjur masih tidak menepati waktu yang dijanjikan. Saya tidak bermaksud ia perlu tepat "on the dot", tetapi jika dahulu ditetapkan 9.30pm jadi 10pm, mengapa kini ditetapkan 9pm pula dan hakikatnya masih 10pm.

Entri ini mengundang 11 komen yang secara keseluruhannya bersetuju dengan pendapat saya. Cuma ada satu komen sahaja yang saya kira yang agak lain macam sedikit.

Pada PCM tersebut saya dan PERs diminta untuk menjadi sweepers. Sebab itulah kami meneruskan kayuhan bagi mempastikan semua peserta, khususnya yang terakhir selamat tiba ke destinasi. Kami cuba pastikan basikalis berbaju merah berada di mana-mana sahaja mereka diperlukan pada malam tersebut. Barangkali ia boleh menyejukkan sedikit yang bertanya

Pihak PCM sendiri membuat satu entri khusus mengenai entri saya atas nama Rida Gaza Picsa Beska Jalanda, Apada... yang saya sendiri tidak faham dari bahasa apa dan apa yang dimaksudkan. Ia menarik 23 komen yang ada pro dan kontranya.

Saya fikir entri saya adalah berjaya dan saya sengaja tidak mahu menjawab setiap komen yang ditulis. Saya mahu PCM yang jernih. Walau bagaimanapun jawapan telah saya sediakan jika anda mahu, bolehlah saya 'publish' di sini.

Sekian, wassalam.

No comments: