Labels

Thursday, June 03, 2004

JAMBAN DAN KASUT





sepasang kasut

merah hijau dan biru

megah berjalan



KAMI sekeluarga baru saja pulang dari KLIA kerana menghantar Ahmad Syahir (anak keempat kami) yang akan menjalani program homestay di Nagasaki, Jepun. Syahir merupakan peserta paling kecil dalam kumpulan 18 orang pelajar (tingkat 1 - 5) yang mengikuti program ini. Malahan beliau juga dikenakan tambang kanak-kanak semasa menaiki ERL dari KL Sentral ke KLIA.

Mengikut program, Shahir akan ditempatkan di rumah keluarga petani di daerah Chijiwa. Kata koordinator, Chijiwa ini samalah seperti Tanjung Malim di Perak. Khabarnya kegiatan pertanian di perkampung ini sangat moden. Rumah petani dan ladangnya dalam 2 km. Namun petani tidak pergi ke ladang untuk menyiram, membaja atau apa-apa rutin kerja harian. Semuanya diuruskan dari rumah melalui komputer.

Sebelum berlepas, koordinator berpesan. Jika anda ingin menilai seseorang, lihatlah pada kasutnya. Jika anda ingin menilai sebuah keluarga, lihatlah keadaan jamban @ toilet nya. Itulah penilaian orang-orang Jepun, katanya.





DULU, JICA Malaysia berpejabat di sebuah bangunan di Jalan Raja Laut. Kini telah berpindah ke Menara Citibank. Mengikut cerita, sebab utama perpindahan pejabat tersebut ialah kerana jamban di bangunan terdahulu tidak diselenggara dengan betul dan JICA merasa malu terhadap pelanggan yang datang berurusan di pejabatnya.


p/s: Kredit kepada pejabat lama yang mempunyai jamban yang 20X lebih bersih, wangi dan terurus berbanding dengan pejabat baru .....


5 comments:

Anonymous said...

segalanya melambangkan identiti..

kakngah

inai said...

seorg sahabat saya, jika hendak makan di luar..dia akan ke bilik air terlebih dahul sebelum order makanan...

org timur..budaya hapir serupa....

Mengapa said...

mba,
hamboi..dak kecik dh p obersi... dak beso nie.. agak2nyer biler erks??? kena tgg hoenymoon ajer kot?? hahhahahah

peace (^_^)

mba said...

budak kecik tu dapat pergi obersi sebab dia kecik. Jika dia dah besar, tentunya dia kena bayar sendiri ...

Anonymous said...

pesanan yang menarik. kena ingat untuk basuh toilet selalu hehehe

Op