Labels

Wednesday, June 02, 2004

DAH LAMA DAH ....

bos di hospital
suasana gembira
minda bercuti


DULU saya mempunyai seorang bos yang cukup popular. Beliau popular kerana fe'el dia yang memang hebat. Mungkin garang tidak tepat, tetapi bengispun bukan juga. Pendek kata, perkataan seperti bodoh, babi, gila, cilaka dan banyak lagi adalah merupakan kata-kata biasa yang dihamburkan kepada anak buahnya. Tetapi saya tahu dia memang baik hati dan di antara anak buah yang tidak makan saman dengan beliau ialah saya. Kerap kali dia kalah bila berhujah dengan saya. Namun sebagai bos, dia tetap mengaku dia betul dan sayapun tidak kisah sangat mengenainya. Dia ni memang terkenal dengan seorang yang amat rajin bekerja dan tiada istilah cuti dalam perkhidmatannya. (BTW .... saya tidak mengambil walau seharipun cuti semasa berkhidmat dengan majikan terdahulu).

Dengar ceritanya, ada anak buah yang jatuh berdebuk dan pengsan terkena marah. Satu hari dia memarahi anak buah saya. "Apa, awak gila ka?". Budak tu menjawab dengan selamba dan penuh manja ... "Ya... saya memang gila, I gilaaaa kat you... sekarang apa you nak buat kat I?. I yang gila ni?". Kata-kata hikmat itu telah menjadikan budak itu tidak lagi kena marah. (entah apalah hati orang tua tu berkata-kata agaknya....).

Hendak dijadikan cerita, bos ni jatuh sakit dan dirawat di hospital agak lama juga. Kami-kami semua pergilah ziarah dia kat hospital dan kat rumah dan bawa buah-buahan dokumen-dokumen yang memerlukan tandatangan dia. Dengan nada agak sebak dia berpesan supaya jangan rajin sangat kerja. Jangan mati-mati sebab nak kerja. Jangan pedulikan sangat deadline dan sebagainya. Yang paling penting ialah kesihatan. Jagalah kesihatan, bawa bertenang dan kerja tu soal ketiga. Soal pertama ialah kesihatan, lepas tu famili dan kemudian baru fikirkan pasal kerja. Dalam hati kita orang, wah seronoknya bila bos sihat nanti, kita semua boleh relaks!. Namun bila beliau dan sembuh, perangai lamanya datang semula .... kerja, kerja, kerja. Mana boleh relaks!.

Sebenarnya kan ... Dah Lama Dah saya fikirkan soal ini.... mengapa kita perlu kerja bermati-matian?. Mengapa kita menghabiskan masa di ofis lebih lama dari di rumah? Mengapa kita terkejar-kejar akan pangkat dan harta?. Adakah pangkat dan harta boleh membantu kita ke arah yang lebih baik di akhirat nanti?. Jika iya, mengapa pula ada orang yang menolak kenaikan pangkat?. Setelah berfikir sejenak, saya rasakan jauh lebih baik saya tolak+tarik saja ....

Apa kata anda?

p.s: Sepatutnya tulisan di atas dibaca dalam nada sedih.... namun saya percaya tentu ada yang gelak membacanya :-)


5 comments:

auntylela said...

Saya tak dapat bayangkan, kalau SAYA yang jadi bos pada mba!

inai said...

Hakikatnya...memang payah nak tahu apa yg dalam hati..tak kira la Boss ke, anak buah ker..malah anak di rumah pun payah seorg ibu nak tahu apa di dalam hatinya...

Selamat ebrjumpa Boss baru...pandai-pandai la Mba menjaga HATI nya....HATI-HATI ye

Anonymous said...

bila aku baca tulisan MBA, betul le ramai yang kata... dari susunan, aturan dan cara menyampaikan maksud sangat teratur... membuatkan aku makin lama dilaman ini ....

pak wattan

syeikh al yabani said...

abang MBA ..saya salah seorang yang tergelak membacanya ..sorry ..pandangan saya bukannya hectic bekerja yang menjadi soalnya ..soalnya adakah kita membuat sesuatu itu dengan sehabis baik seperti yang dipertanggungjawapkan ..masa bukan ukurannya ..ketika bekerja..bersama keluarga ..apakah kualiti yang telah kita berikan..hehe ..saya sama saja ...

Jane Johan said...

Mungkin juga sakit bukan di sebabkan kerja kuat, tapi sakit di sebabkan terpercik kata2 kesat diri sendiri.