Apa akan terjadi apabila pantun di haikukan?. Cuba lihat hasil dari beberapa pantun yang telah menjadi haiku:-
pulau pandan jauh ke tengah gunung daik bercabang tiga hancur badan di kandung tanah budi yang baik dikenang juga |
pulau nan jauh gunung nampak bercabang budi dikenang |
buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan saya budak baru belajar jika salah tolong tunjukkan |
cempedak tinggi galah halus meruncing tunjukkan kami |
dua tiga kucing berlari manakan sama si kucing belang dua tiga boleh kucari manakan sama adik seorang |
kucing berlari tikus riang bermain manakan mungkin |
apa diharap padi seberang entah jadi entahkan tidak apa diharap kasihnya orang entah sudi entahkan tidak |
padi di bendang pulut tidak menjadi siapa sudi |
kalau ada sumur di ladang boleh hamba menompang mandi kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi |
sumur di ladang hamba menompang mandi berjumpa lagi |
Sekali pandang, haiku-haiku ini nampak macam
Nak cuba tulis haiku? Sila ke http://www.geocities.com/haikumelayu/ dan klik Haiku Sendiri. Ada program mudah untuk jana haiku sendiri. Mungkin program ini boleh dikembangkan lagi. Juga jangan lupa http://www.communityzero.com/haiku untuk melihat satu-satunya site Haiku Melayu.
No comments:
Post a Comment