Novel Sempadan Tanpa Seri saya baca disebabkan oleh dua perkara. Pertama kerana saya biasa berkunjung ke blog pengarangnya dan kedua kerana jalan cerita berlatarbelakang di UK, khususnya Manchester. Pada tahun 1980-an dulu, sebelum saya dihantar ke Jepun untuk berkursus (pada masa itu Internet belum ada di Malaysia), saya terjumpa sebuah novel yang bertajuk Sejuk-Sejuk Tokyo (kalau tak silap). Oleh kerana keinginan saya untuk mengetahui serba sedikit mengenai kehidupan di Jepun, makan novel ini saya beli dan baca. Namun ia adalah mengecewakan kerana tidak mendapat maklumat yang diperlukan. Walau bagaimanapun STS adalah berlainan. Sekiranya ada pelajar yang akan ke UK (khususnya Manchester), saya ingin mencadangkan kepada mereka supaya membaca novel ini terlebih dahulu. Ini ialah kerana pengarangnya telah berjaya menulis dan menggambarkan suasana sebenar atau hampir benar mengenai kehidupan dan suasana di Manchester dan UK amnya. Saya percaya pengarangnya sudah tentu mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas mengenai tempat-tempat yang dimaksudkan. Saya tertarik untuk membacanya bukan kerana ingin ke Manchester, tetapi sekadar untuk mengimbau kembali lokasi dan suasana yang diceritakan yang kini sudah ingat-ingat lupa. Kembali kepada jalan cerita, saya tidak berasa bosan untuk meneruskan pembacaan di samping minda terus meneka-neka apa yang akan berlaku seterusnya. Ada kalanya tepat dan tidak kurang juga yang tersasar dari jangkaan. Keseluruhannya adalah adalah memuaskan. Walau bagaimanapun saya agak terkilan apabila watak Fatimah atau Elizabeth Thornston dimatikan di penghujung cerita dengan membunuh diri. Walau sebesar manapun masalah yang melanda, membunuh diri ini adalah sesuatu yang paling dilaknat, apatah lagi ia sekali gus membunuh dua nyawa (anak Asmawi yang dikandungnya). Walhal watak Elizabeth adalah seorang yang matang sebelum Islamnya dan begitu tabah sebagai kakak kepada Asnawi. Adalah lebih elok jika riwayatnya ditamatkan dengan cara lain, umpamanya kemalangan. Oh ya, saya juga kurang yakin apabila Zarina membeli sebuah basikal di car boot sale (cbs) di Old Trafford dengan harga UKP200. Mengikut pengalaman saya, sebuah basikal terpakai yang berjenama jika dijual dengan harga UKP100 itu sudah dikira terlalu mahal, apatah lagi jika ianya dibeli di CBS. Tetapi mungkin juga Zarina beranggapan UKP200 itu macam RM200 sahaja J Satu perkara lagi ialah apabila bapa Asnawi, Benjamin Patrick Thornston membawa pingat kebesaran bapanya ke Mersing dan menyerahkan kepada bidan Mak Su Jah untuk diserahkan kepada anaknya (Asnawi) yang bakal lahir. Ini seolah-olah Benjamin sememangnya merancang begitu, walhal sepatutnya bintang kebesaran begitu sepatutnya ditinggalkan sahaka di Belanda, kepada anak-anaknya. Selain daripada itu, saya sangat berpuas hati dengan novel ini dan diucapkan syabas kepada John Norafizan yang telah berjaya mengarangnya dengan begitu baik. Syabas!. |
Monday, December 22, 2003
SEMPADAN TANPA SERI (STS)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment