Labels

Friday, January 23, 2009

KUIH TEMPAH YANG DIKEMBALIKAN ...



BARANGKALI saya adalah penulis "kuih tempah" yang pertama dikembalikan manuskrip oleh penerbit yang tidak mahu menerbitkannya. Pemgembalian manuskrip atau yang tidak diterbitkan langsung adalah perkara biasa kepada penulis. Beratus-ratus (mungkin beribu) penulis yang menghantar manuskrip kepada penerbit menghadapi kemungkinan yang sangat tinggi ianya tidak diterbitkan atau dipulangkan. Namun bagaimana halnya dengan "kuih tempah"?.

Penulisan "kuih tempah" ialah apabila penerbit mengenalpasti sesuatu tajuk dan meminta atau menawarkan kepada penulis untuk menulisnya. Pada anggapan penulis, apabila manuskrip yang diperlukan disiapkan dan diserahkan tepat pada masa yang dijanjikan, ia akan diterbitkan sebagaimana "janji mulut" yang diberikan. Namun dalam kes saya, ia diperam selama sembilan (9) bulan tanpa sebarang berita. Akhirnya dengan berat hati saya bertanya dan hasilnya ialah manuskrip tersebut sudah berada di depan mata saya.

Persoalannya ialah mengapa begitu lama?.

Saya memohon supaya manuskrip tersebut dikembalikan supaya saya boleh membawanya kepada penerbit lain. Perlu diingat bahawa, golongan penulis adalah miskin. Manuskrip yang perlu dicetak beratus muka surat mungkin menelan belanja ratusan ringgit juga. Apa yang menghairankan saya ialah, mengapa manuskrip cetakan diperlukan sedangkan ia lebih senang dan mudah menggunakan softcopy sahaja.

Para penulis sepatutnya tidak boleh bekerja berseorangan. Sepatutnya persatuan penulis boleh memainkan peranan yang sangat besar dalam perkara ini. Cuba anda bayangkan fakta ini:-

1. Penerbit menempah dua buah buku dalam masa dua (2) bulan.
2. Selama dua (2) bulan penulis terpaksa berkorban, bersekang mata, membuat kajian, mencari fakta, menulis dan menyiapkan manuskrip.
3. Penulis mencetak dan menghantar manuskrip yang diperlukan kpd penerbit.
3. Penerbit menyimpan manuskrip selama sembilan (9) bukan tanpa berita.

Penulis telah berbelanja banyak dalam kes ini sedangkan penerbit tidak berbelanja satu senpun (kecuali gaji editor yang membaca manuskrip, yang juga membaca ratusan manuskrip lain).

Apakah model bisnes yang lebih adil?.
1. Apabila penerbit membuat tempahan, surat tawaran rasmi dikeluarkan.
2. Penjanjian perlu ditandatangani dengan syarat-syarat tertentu.
3. Bayaran pendahuluan atau cagaran dibuat kepada penulis.

Walau bagaimanapun nampaknya perkara ini sukar untuk dilaksanakan kerana penulis tidak ada syarikat atau badan ataupun pengurus yang menguruskan perkara ini. Penulis dilihat seperti terhegeh-hegeh inginkan karya mereka diterbitkan. Sekiranya ada persatuan ataupun syarikat yang menguruskan perkara ini, barangkali penulis dan penerbit ada orang tengah untuk berurusan.

Oh ya .... manuskrip yang ditolak tersebut telah saya bawa kepada penerbit lain dan telah dipersetujui untuk diterbitkan. Saya sedang berfikir dengan tawaran "kurang menarik" yang diberikan. Walau bagaimanapun, biarlah sedikit daripada langsung tidak ada, kan?.

"Pihak saya memohon maaf kerana menyukarkan manuskrip tuan menembusi ruang penerbitan XXXXXXX. Walau bagaimanapun, saya sudah membaca sepenuhnya manuskrip berkenaan dan ternyata mempunyai daya pasaran yang tinggi"

9 comments:

Zamri Mohamad said...

Pembetulan,

Tuan bukanlah penulis kuih tempah yang pertama :)

Saya ada berkongsi cerita saya dalam blog bulan 12 tahun 2007.

Tapi dalam keadaan ekonomi gawat ini, pelbagai keadaan berlaku. Ada hikmah dalam setiap kejadian.

Kita akan terus bekerja dan memperbaiki budaya dan sistem kerja kita semua :)

mba2u said...

Terima kasih atas komen tuan. Benarlah, saya bukan orang pertama, namun pemulangan manuskrip saya kerana ia tidak akan diterbitkan. Manuskrip tuan dipulangkan untuk diubahsuai. Ia tidak serupa.

Tidak mengapa, saya yakin masih ada lagi penerbit lain yang sudi menerbitkannya walaupun dalam keadaan gawat begini. Sebenarnya sudah adapun, cuma termanya tidaklah menarik sangat.

Terima kasih.

Zamri Mohamad said...
This comment has been removed by the author.
Zamri Mohamad said...

Hehehe, pembetulan sekali lagi

Ada manuskrip kuih tempah saya yang tidak diterbitkan.

Salah satunya e-book yang saya terbitkan dan jual di web saya ketika ini.

Unknown said...

Ini bermakna kuih yang ditempah pun belum tentu dibeli oleh si penempah. Aduh, gawat nih!

mba2u said...

Terima kasih tuan Zamri;

Saya juga sedang berfikir samada hendak jual hakcipta ataupun terbitkan sendiri ataupun e-book.

Penerbit yg ingin beli manuskrip saya secara terus terang cakap, jika buku saya laku 1,000 naskah, dia sudah buat untung. Saya rasa 1,000 naskah tidaklah susah sangat untuk menjualnya. Barangkali saya boleh terbitkan sendiri.

Jangan bandingkan dengan PTS, kerana penerbit ini besar dan semua buat sendiri. Paling penting, dia ada pencetak sendiri. Saya dibawa round oleh taukehnya ke editorial BM, BI & Cina serta melawat pencetaknya.

mba2u said...

Sdr Zaliza Mas;

Kuih yang ditempah dikembalikan. Inilah gara-garanya tidak minta deposit semasa menerima tempahan ;-)

Kuihpun dah basi...

Imran Yusuf said...

Tuan MBA, Tuan Zamri, Puan Zalisa, et al,...

Mungkin kita sama-sama kaji dan jalankan teknik e-book ini.

Nampak macam ada potensi aja.. !!!

-Imran Yusuf-

david santos said...

Excellent posting!!!
Congratulations! Have a nice week.