Labels

Tuesday, January 06, 2009

MACAM-MACAM KAWAN


SEJAK buku-buku tulisan saya telah diterbitkan, saya dapat perhatikan bermacam-macam karektor sahabat yang membuatkan kadang-kadang saya senyum sendiri:-

A: "Wah anda telah berjaya menulis buku. Tahniah. Saya masih tetap begini juga. Cakap sahaja, tetapi tidak menulis. Tahniah. Tahniah dari saya". Buku dibelek-belek dan diletak semula tanpa apa-apa reaksi.
Dalam hati saya: Jika anda kawan saya, belilah sebiji, tidak bacapun tidak mengapa. Buat kenang-kenangan.
Dalam hati dia (agaknya). Aku dah puji engkau, jika kita berkawan, berilah sebuah buku untuk kenang-kenangan.


B: "Dengar cerita anda telah menulis buku. Mintalah sebiji hadiah untuk I. I nak yang dah siap bertandatangan tau!"
Nota: Alamak .... penerbit beri buku percuma 10 biji sahaja ...

C: "Wah bagus buku ini. Saya mahu beli 5 buah untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan. Berapa harga sebuah buku?. Ya .. Ya... jangan lupa tandatangan. Itu yang mahal tu...".

D: "Berapa diskaun buku U untuk kawan-kawan?. I nak beli sebiji"

E: "Dengar cerita U dah tulis buku. Betul ke?"

F: "I ambil buku U ni 12 buah. I nak hadiahkan kepada rakan-rakan I. Nanti I bayarlah"
(Nota: dah hampir setahun berlalu .... tak bayar pun)

G: "I nak beli buku you 100 naskah. Nanti budak I datang ambil dan bawakan bayarannya sekali. Sediakan resit ya".
Nota: Alhamdulillah. Setakat ini ada 3 orang yang sedemikian.

H: "I nak tolong jual buku-buku U kat pesta. Berapa diskaun you boleh bagi kat pembeli? I tolong jual sahaja, tidak mau ambil komisyenpun. Tolong promosi kawan-kawan".

I: "Wah buku ini bagus!. Saya boleh lancarkan buku anda. Tentu meletup ni.... Jemput saya buat pelancaran ya?"
Nota: Sifu sudah pesan: Jangan jual buku kepada orang politik. Liat bayar ...



TERIMA KASIH kepada rakan-rakan semua yang telah membeli buku saya. Saya tahu anda adalah sahabat...

3 comments:

Cat Cat said...

Mr MBA,
Kalau Cath nak beli buku itew, camner ya..??? Kalau boleh, nak tandatangan Mr MBA kat buku jugak... :)

mba2u said...

Cath.

Buku dalam foto di entri (Travelog Jepun) masih dalam proses suntingan lagi. Buku yg dimaksudkan dlm entri ialah buku warna kuning di sebelah "untuk dijual" (Kerjaya Dalam Bidang ICT).

Jika mahu yang itu, bila jumpa di KL/Putrajaya saya boleh beri percuma.

Regards.

Cat Cat said...

Mr MBA,
ICT tu apa..?? Cath minat Travelog Jepun... Apa apa hal mengenai Jepun, Cath minat sangat. Bento, Sushi, Sashimi, Nori, Mount Fuji - semua Cath minat... No problem MBA, Cath akan tunggu sampai Travelog Jepun diterbit dan dipasarkan... Tapi, janji kena ada tandatangan MBA ya... :)