Labels

Thursday, January 08, 2009

KUALA TERENGGANU

Sajak Terengganu

Sayup mengelor anok dok balik

Menyembah sujud pada Mung

Seakang zaman doktong sudah sapok

Seakan zaman gelekek habih doh

Mung duk jauh Mok panggil dekat

Mung duk dekat Mok panggil rapat

Mung duk rapatt Mok sendal

Takmboh bui gogeh

Renungan si Ibu terandeng jauh

Seakang mengelor anok manih

Yang hatinya gelebek sumbing

Ingat air mata yang luroh berjelabok berlembang di lambor

Seakang noknya anok tembor berdecung dari Kuala Lumpor

Biar cokkoh depang mata

Biarlah mung dulu suka mengakas

Sedor sedor le ni senyap tuppas

Sampai gitu mbas menengung

Mok tunggu mu balik raya kappong

Mok tunggu mu jadi bejuruh jangan jadi cakduh

Mok doa' biar jadi manih dok kelat sebbat

Mok doa' lagi hari raya,

biar tenang jangan kelecat barat

Rok jelibung mok tebah buat jalang

Takut mung kena pakoh pinggat lari meletang kalang

Nok tengoknya ke mung Memang dok dang dang

Nok ramah jari mung anok ku anok kesayangan

Hari Raya andainya buleh aku kelor mung

Takut nak jeruwoh takut mung belohok

Bukang mok nak kereta tolok,

bukang mok mitok mah setokol

Mok tahu mung makang burger, hotdog

Dulu mu berahi jering, gemo kuih badok

Mok cuba kelor lagi neh

Baliklah Wok

baliklah Hari raya dok baik bekok

Mok terima mung sayang

Salahnya cuma silap belaga buah getoh

Silap sikitnya rebus ubi kayu dok rebus ubi torok

Adik Adik mu tu nye je mung jadi bekok

Hari raya ning baliklah Wok

Mok sorang berlagu pilu

sedih Ayoh mu gi dok royat nok mati

Rasa nok gelekek tadok tepat geli

Raya sama mung dok tau tepat nok gi

Baliklah Wok

Anak anak ku

Kalau mu kenang duana mung tubek

Kalau mu kenang sapa beso ke mung

Kalau mu kenang sapa dia jaga mung jok kecik

Kalau mu kenang macang mana mung boleh baca nulih

Pagi raya ning mung ada cokoh dirumah

Pagi raya ning mung buat air dappor

Pagi raya ning ciung tangang orang tua

Pagi raya ning mitok maaf dengan mok

Pagi raya ning mok dok pernoh berniat nok kehel mung

Hari raya hari berkeluarga,

cenderhati termahal

Hadiah paling comel,

hamper paling beso Hari raya,

mung semualah paling beso

Anok beranok,

warih waroh


Penafian: Sajak terengganu ini bukan karya saya. Saya ambil dari Internet

5 comments:

Anonymous said...

MBA,
sudi sudi berpuisi lagi.

Leyla Shuri said...

Salam tuan rumah,

ada sekali saya ziarah sebuah pulau di utara Jepun, rasanya bahasa yg mereka gunakan seakan-akan sama.
sila terjemahkan dalam Bahasa Malaysia.

Azemi Ali said...

Salam.
Kelor tu mende gok? Dok paham stabuk hok tu. Dokkang kelor ikang. Baca ni rasa nok balik selalu le ni gok. Tapi rasa raya cine gok balik ganu.

mba2u said...

Sajak Terengganu

Sayup mengelor anok dok balik
(anak menantau jauh, tidak pulang)

Menyembah sujud pada Mung
(menyembah sujud padaMu (Allah)

Seakang zaman doktong sudah sapok
(seolah zaman berpergian sudah berakhir)

Seakan zaman gelekek habih doh
(seakan zaman bergelak ketawa sudah berakhir)

Mung duk jauh Mok panggil dekat
(Kamu berjauhan ibu memanggil supaya berdekatan)

Mung duk dekat Mok panggil rapat
(Kamu sudah hampir ibu minta lebih dekat)

Mung duk rapatt Mok sendal
(kamu sudah rapat ibu minta lebih erat)

Takmboh bui gogeh
(supaya tidak bergoyang)

Renungan si Ibu terandeng jauh
(renungan si ibu terlontar jauh)

Seakang mengelor anok manih
(seolah-olah memanja anak manis)

Yang hatinya gelebek sumbing
(yang hatinya sudah terluka)

Ingat air mata yang luroh berjelabok berlembang di lambor
(mengenang air mata yang gugur berderai di lantai)

Seakang noknya anok tembor berdecung dari Kuala Lumpor
(seolah-olah mahu anak bergegas ke Kuala Lumpur)

Biar cokkoh depang mata
(BIara berada di depan mata)

Biarlah mung dulu suka mengakas
(Walaupun kamu dulu cukup nakal)

Sedor sedor le ni senyap tuppas
(bila tersedar sudah hilang di pandangan)

Sampai gitu mbas menengung
(hingga begitu ibu permenung)

Mok tunggu mu balik raya kappong
(Mak menanti kamu pulang beraya di kampung)

Mok tunggu mu jadi bejuruh jangan jadi cakduh
(Mak tunggu kamu menjadi orang baik dan tidak gopoh)

Mok doa' biar jadi manih dok kelat sebbat
(Mak berdoa kamu menjadi baik(manis) dan bukannya jahat (kelat)

Mok doa' lagi hari raya,
(Mak berdoa di hari raya)

biar tenang jangan kelecat barat
(birlah tenang jangan bercelaru)

Rok jelibung mok tebah buat jalang
(belukar tebal mak tebas jadikan jalan)

Takut mung kena pakoh pinggat lari meletang kalang
(takutkan kamu disengat penyengat dan lari lintang pukang)

Nok tengoknya ke mung Memang dok dang dang
(Ingin melihat kamu memang tidak sempat)

Nok ramah jari mung anok ku anok kesayangan
(nak ramas jarimi anak kesayangan)

Hari Raya andainya buleh aku kelor mung
(hari raya andainya boleh kupanggil mu)

Takut nak jeruwoh takut mung belohok
(takut nak melaung nanti kamu tersedak)

Bukang mok nak kereta tolok,
(bukan mak mahukan kereta tolak)

bukang mok mitok mah setokol
(bukan mak minta seketul emas)

Mok tahu mung makang burger, hotdog
(Mak tahu kamu makan burger, hotdog)

Dulu mu berahi jering, gemo kuih badok
(Dulu kamu sukakan jering, gemarkan kuih badak)

Mok cuba kelor lagi neh
(Mak cuba marayu lagi ni)

Baliklah Wok
(Baliklah sayang)

baliklah Hari raya dok baik bekok
(baliklah di hari raya, tidak elok berdendam)

Mok terima mung sayang
(Mak menerimamu sayang)

Salahnya cuma silap belaga buah getoh
(Salahnya cuma silap permainan biji getah)

Silap sikitnya rebus ubi kayu dok rebus ubi torok

(silapnya sedikit, rebus ubi kayu tidak rebus ubi torok)

Adik Adik mu tu nye je mung jadi bekok
(adik-adik mu sahaja, kamu jadi berdendam)

Hari raya ning baliklah Wok
(hari raya ini pulanglah sayang)

Mok sorang berlagu pilu
(mak seorang berlagu pilu)

sedih Ayoh mu gi dok royat nok mati
(sedih ayah kamu sudah pergi)

Rasa nok gelekek tadok tepat geli
(Nak ketawa tidak geli)

Raya sama mung dok tau tepat nok gi
(nak beraya di tempat kamu ibu tidak tahu tempatnya)

Baliklah Wok
(baliklah sayang)

Anak anak ku
(anak-anak ku)

Kalau mu kenang duana mung tubek
(JIka kamu kenang ibu yang melahirkan)

Kalau mu kenang sapa beso ke mung
(jika kamu kenang siapa yang besarkan kamu)

Kalau mu kenang sapa dia jaga mung jok kecik
(JIka kamu kenang siapa yang menjagamu semenjak kecil)

Kalau mu kenang macang mana mung boleh baca nulih
(jika kamu kenang bagaimana kamu boleh memnbaca menulis)

Pagi raya ning mung ada cokoh dirumah
(pagi raya ini kamu berada di rumah (ibu)

Pagi raya ning mung buat air dappor
(pagi raya ini kamu sediakan air di dapur)

Pagi raya ning ciung tangang orang tua
(pagi raya ini cium tangan orang tua)

Pagi raya ning mitok maaf dengan mok
(pagi raya ini minta maaf dengan mak)

Pagi raya ning mok dok pernoh berniat nok kehel mung
(pagi raya ini mak tidak berniat untuk mencubit kamu)

Hari raya hari berkeluarga,
(hari raya hari berkeluarga)

cenderhati termahal

Hadiah paling comel,

hamper paling beso Hari raya,
(hamper paling besar)

mung semualah paling beso
(kamu semualah yang paling berharga)

Anok beranok,
(anak-beranak)

warih waroh
(saudara mara).

Leyla Shuri said...

salam,

kalau anak2 si ibu itu tak balik juga, nampaknya eloklah suruh askar Yahud sana bedil mereka dgn rocket berpandu!

Terima kasih sudi terjemahkan.