Labels

Sunday, January 18, 2009

SAMUDERA BIRU SUDAH KEMERAH-MERAHAN

DALAM banyak keadaan, peluang tidak datang berulang kali. Saya memang suka menulis, namun bukannya senang untuk membolehkan hasil tulisan kita diterbitkan. Semua penulis mempunyai masalah yang serupa. Kekecualian hanya berlaku kepada sebilangan kecil sahaja manusia.

Saya berkenalan dengan orang DBP. Namun membaca karenah penerbitan di DBP menyebabkan saya tidak langsung ingin menerbitkan karya saya. Seterusnya saya berkenalan dengan orang Alaf 21. Tiga tahun menulis secara suka-suka. Akhirnya sebuah novel hasil tulisan bersama berjaya diterbitkan. Khabarnya jualannya meletup. Namun setakat itu sahajalah. Tidak ada nama-tidak ada harta, walaupun satu sen.

Seterusnya saya berkenalan pula dengan orang PTS. NAmpak bagaikan banyak peluang di sini. Samudera masih biru. Paus dan jerung tidak berkeliaran di sini. Hampir setahun berkenalan, saya diberi peluang menulis buku dalam sebulan. Ya, saya hanya mengambil masa selama 30 hari sahaja untuk menyiapkan buku pertama. Ia diterbitkan dan dijual sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Beberapa bulan kemudian, khabarnya buku tersebut sudah diulang cetak.

Kemudian saya deberikan masa selama dua bulan untuk menyiapkan dua buah buku. Ya ... 60 hari bagi dua buah buku. Alhamdulillah, bukunya siap ditulis. Namun...... sembilan kemudian saya diberitahu secara berkias bahawa buku ini, jika diterbitkanpun, tunggulan 2010....

Kini saya nampak samudera yang dulunya biru, kini sudah kemerah-merahan. Jerung dan paus sudah mulai datang ke sini. Makanya ikan bilis perlu meminta izin untuk pergi. Carilah kubang lain untuk berenang.

Terbitkan buku sendiri adalah kubang baru yang ada pada hari ini. Namun..... esok, sudah tentu ia bakal menjadi kubang berdarah lagi. Begitulah Strategi Samudera Biru.

2 comments:

Imran Yusuf said...

Em, menarik fakta Tuan MBA ini.

Amat bermakna kepada saya untuk dijadikan panduan.

Semoga tidaklah kita akan merasa kecewa kerana terlalu mengharap...

mba2u said...

Tuan Alang;

Saya sudah mendapat jawapan yang saya tunggu2 selepas 9 bulan menyerahkan manuskrip.

Semenjak dari awal, saya tidak mengharap sangat, sebab itu saya kurang kecewa (bukan tidak kecewa). Saya ada alternatif lain. Jika ada rezeki dan semuanya berjalan baik, saya boleh terbitkan 10 buku dalam masa terdekat. Masih berunding.

Semoga Tuan Alang juga akan mendapat jawapan kpd penantian. Semoga ianya adalah positif.

Wassalam.