Labels

Tuesday, May 16, 2006

SUAMI SURI RUMAH

SEHARI dua ini surat khabar asyik cerita pasal suami membuat kerja rumah dan isteri keluar mencari rezeki. Mengapa cerita & berita begini begitu laris dalam newspaper kita?. Hmmmm... ini sudah tentu ada mee atas sanggul ni. Cuba tuan-puan buat kajian sikit.

Persatuan Orang Pompuan Kata - Apa salahnya, OK what....

Mufti kata - Tak patut suami duduk di rumah. Mana boleh biarkan isteri keluar rumah mencari rezeki. Tak boleh!!

Pak menteri kata - Itu pendapat mufti, ia bukan fatwa (kalau fatwapun apa peduli...). Pendapat mufti boleh dengar, tak perlu pakai. Ia bukan fatwa, ia bukan fatwa.

Mak menteri cakap - Suami jadi suri rumah dan isteri keluar bekerja adalah kes terpencil. Ia perkara biasa dalam kes terpencil. Tidak ada sebab untuk lelaki tidak bekerja kecuali malas. Ia adalah sesuatu yang memalukan tetapi kebanyakan lelaki yang menjaga anak-anak kepada saya mungkin itu adalah pilihan terakhir,'

Masyarakat umum kata - Kaedah ini bukan amalan dalam masyarakat kita. Ia di luar tabi'i.

MBA kata - Lelaki normal yang duduk rumah dan isterinya keluar mencari rezeki adalah lelaki tidak normal, ia memang di luar tabi'i.

Apa kata anda?.

1 comment:

Anonymous said...

bagi aku semua tu betul (termasuk luar tabi'i). seperti hukum berkahwin - pelbagai. ikut situasi. tapi tak molek bila pendapat 'alim disanggah oleh bukan ahli.