Labels

Monday, May 29, 2006

SAKIT

TIAP kali gosok gigi di waktu pagi, dia dapati giginya berdarah. Gigikah yang berdarah? Gusikah atau dari mana darah tersebut datang?. Dia buat acuh tak acuh sahaja dengan keadaan tersebut. Namun setelah tiga bulan perkara ini berlaku, dia mula risau. Lagipun dia pernah terbaca pamplet mengenai simpton begini. Ia tidak boleh dipandang remeh.

Lalu dia ke klinik untuk bertemu dengan doktor. Namun doktor tidak mengesyaki apa-apa yang berlaku, tidak perlu dirisaukan dan tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Dia tidak puas hati lalu ke hospital untuk berjumpa dengan doktor pakar pula. Doktor pakar juga tidak mengesyaki sebarang penyakit atau simpton penyakit.

Selepas itu.... beberapa minit kemudian dia meninggal.
















Ya..... Dia meninggalkan hospital dan pulang ke rumah dengan penuh rasa tidak puas hati. Lalu dia melayari Internet dan bertanyakan pakcik google. Daripada pemeriksaan oleh dr. google, dia berkemungkinan besar menghidapi suatu penyakit yang dinamakan portal hypertension.

Apakah hypertension? INilah jawapannya:-

What is Portal hypertension?
Raised blood pressure in the vein supplying the liver

Definitions of Portal hypertension:
Abnormally increased pressure in the portal venous system, frequently seen in cirrhosis of the liver and other conditions causing obstruction of the portal vein.


Jadi bagi anda yang mengalami apa-apa simpton yang meragukan, janganlah segan-segan untuk bertanya dengan pakcik google.

9 comments:

bahtiar_csam said...

saya dah mengalami simtom ini selama lebih 2 tahun sehingga sekarang

Jiwa Rasa said...

doktor sekarang ni dah susah nak cari makan. Orang lebih suka tanya Doktor Google...

mba said...

bahtiar: U tak risau ke dengan simpton begitu?. Cuba ke doktor dan beritahu 'portal hypertension'.

mba said...

JR:

Doktor yg tak nak berkawan dengan pakcik google akan ketinggalan. Jom kita tinggalkan mereka ;-)

sri said...

Are you sure dia tu pakcik? Jangan2 dia tu Perempuan Cun (PC)

mba said...

Sri;

Daripada gaya jawapan dia, nampak macam pakcik, tapi jika dia PC, lagilah kerap nak bertanya....

mba said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Horatio said...

nak tanya samada Dr. Google ni ada bagi MC ke?

mba said...

horatio:

Dr. google memang ada beri MC, boleh print sendiri dan submit pada boss. Samada boss nak terima atau tidak tu terpulanglah.

Adakah MC ini untuk kucing2 U tu?. he he ;-)