Labels

Monday, May 08, 2006

Jangan berkawan dengan orang kaya

Di manakah silapnya nasihat ini?

Jangan berkawan dengan orang kaya - Ketua Pengarah Kastam

Wednesday, 19 April 2006, 07:41

©Utusan Malaysia
Oleh Arshad Khan

KUANTAN 18 April - Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid mengingatkan pegawai kastam supaya memisahkan diri daripada hidup penuh bergaya bersama kelompok yang dilihat terlalu kaya.

Beliau berkata, ini kerana tindakan mereka menjalin hubungan persahabatan dengan kumpulan atau individu `di luar kategori', boleh menimbulkan pelbagai tafsiran dan persoalan kepada masyarakat.

Menurutnya, beliau pernah melihat seorang pegawainya bermain golf dengan individu yang boleh `menimbulkan persoalan' dan pegawai itu diberi amaran terakhir supaya tidak mengulanginya.

"Jauhkan diri daripada berkawan dengan orang kaya untuk dilihat kaya. Hiduplah cara biasa kerana kita pegawai awam.

"Ramai lagi penjawat awam memiliki pendapatan jauh lebih kecil daripada pegawai kastam tetapi memiliki kehidupan lebih baik.

"Kita pemegang khazanah negara, memang banyak pihak berminat mendekati kita. Ini perlu ditangani dengan bijak,'' katanya.

Abdul Rahman menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pelan Integriti Nasional Kastam Diraja Malaysia di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dalam sidang akhbarnya, beliau berkata, pihaknya akan melakukan rombakan besar-besaran minggu depan termasuk bagi menggelakkan pertembungan kepentingan antara tugas dengan aktiviti lain.

"Yang mana isteri pegawai atau ahli keluarga berniaga, akan ditukarkan,'' tegas beliau.

2 comments:

zino said...

macam tak betul je nasihat tu.. tapi kalau dia kata pegawai kastam jangan berlagak macam org kaya.. atau

kelihatan macam org kaya baru kena kot.. atau

di dapati hidup kaya raya diluar kemampuan ..(kalau congak ikut gaji dan segala macam alaun)..

JIE said...

Rasanya ayat zino yang last tu paling tepat kot, hidup kaya diluar kemampuan...

Tapi ramai gak orang skrg hidup luar kemampuan, nak beli apa-apa semua tenyeh kad kredit, bahaya gak tu kan?