Labels

Sunday, May 28, 2006

RINDU

Sesekali rindu datang menyapa. Tika itu kesal tidak terhingga.
Mengapa dia ku tinggalkan
Mengapa aku sezalim ini.
Namun pada waktu itu, aku hanya da dua pilihan
engkau atau dia
dan tidak mungkin kamu berdua.
hanya satu
engkaukah
atau
dia

Setelah aku memilih dia
dan membiarkan engkau pergi
kini sunyi terasa.

Betapa lembabnya dia bekerja
Body yang tembam bukan lagi ukuran
degree berjela, otak geliga bukan lagi igauan


Duu aku tergila-gilakan dia sebab dia ada 3G
sebab body dia slim
sebab maskawinnya mahal

Engkaupun aku sayang
cuma body kau tu tak menggiurkan sangat
lagipun engkau ni fesyen lamalah
resepi zaman dulu

Kini baru aku sedar
yang lama itulah yg bagus
yang kuno itulah yang rajin
alahai.... menyesal...menyesal

(boleh rujuk tak?)



Aku merinduimu:













Treo:





Aku dah bosan dengan perangai mu:



dopod

6 comments:

abdullahjones said...

ciss..mati-mati ingat kisah cinta. hidup-hidup di tipu mba.

Berisman said...

Welkang back to palmOS.
Boleh rojak balik;abedib sanggup jadi saksi.

mba said...

AJ: copylefy ;-)

berisman: Dah talak 3, kena cina buta dulu sebelum rojak balik (sepupu apam balik).

bahtiar said...

hahaha.. saspen betul.

Jiwa Rasa said...

mba,
kalau dah tak suka, berpisah dnegan cara baik. cukup edah nanti, ramai yang nak masuk meminang..he he

Horatio said...

Sian aku dgr cita ko ni. rasa berlinang air mata aku bila membaca puisi karyawan kamu.

Apa yg penting ialah di hati. kalau rasa nak rujuk balik tu, baik cepat2. kan2 dikebas org kan, bak kata org cina, 'Tongkang ke Tong San terlepas maka tiada guna menyesal..."

Dopod 900 apa problemnya? leh cita cikit tak. aku pun terbayang2 jugak memiliki Dopod 900 ni...