Labels

Monday, May 01, 2006

KARENAH BIROKRASI

SEMPENA dengan hari pekerja ini, moh kita sembang-sembang pasal karenah birokrasi.

Apakah karenah birokrasi?. Adakah ia sama seperti red tape?



Mak saya selalu bercakap (pada sayalah), budak ni banyak sangat kerenah dia .... Jadi bila mendengar perkataan karenah, saya terbayangkan kerenah. Tapi mungkin juga karenah itu adalah bahasa standard atau bahasa 'orang luar' terhadap kerenah. Lantas menjengoj Kamus Dewan dan berikut adalah tafsirannya:

karenah bermaksud tanda atau alamat. Sedangkan kerenah bermakna ragam, tingkah laku, kemahuan.

birokrasi pula ialah 'sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Jadi ungkapan sebenar yang dimaksudkan ialah kerenah birokrasi dan bukannya kerenah birokrasi.

red tape berasal dari riben yang mengikat dokumen dalam pentadbiran kerajaan British. Jadi, bayangkanlah masa yang diambil untuk uraikan riben tersebut. Ada kalanya perlukan mesyuarat. Ada yang perlukan persidangan, seminar, brainstorming ataupun sampai kena upacara memotong riben!. Inilah dia red tape.

1. “Red tape is that part of my business you don’t know anything about.”

Paul H. Appleby: “Big Democracy.” Knopf, 1945, chapter 6.

2. “One man’s red tape is another man’s system.”

Dwight Waldo, “Government by Procedure,” in Fritz Morstein Marx, ed., Elements of Public Administration (Prentice-Hall, 1946).

3. “Red tape as a social problem cannot be explained unless the frame of reference employed by the individual who uses this label is understood.”


Jadi, red tape sudah tentu sahaja boleh dihanpuskan, namun bolehkah kerenah birokrasi dibuang?.

1000 soalan.

3 comments:

zino said...

birokrasi hanya ujud bila org luar/awam datang utk mendapat perkhidmatan dari kerajaan..

pdahal org kerajaan.. untuk memberi sesuatu khidmat kena lah ikut peraturan tertentu.. tak ada yg berani nak short cut peraturan ada..unless tetiba datang "ilham" dari mana mana.. hehe

ilham tu istilah yg di guna kalau dapat arahan pihak "atasan" supaya beri kelulusan walaupun tak mengikut beberapa peraturan hehe..

pihak atasan ni boleh dari beberapa peringkat diluar pentadbiran biasa..

mba said...

tepat

Naim said...

Jadi ungkapan sebenar yang dimaksudkan ialah kerenah birokrasi dan bukannya kerenah birokrasi. >>> karenah birokrasi.