Labels

Wednesday, May 31, 2006

BERCUTI GUNA DUIT RAKYAT

CUTI sekolah dah nak masuk seminggu. Tinggal lagi seminggu. Kini ofis dah lengang. Jalan dan kurang jem. Majlis nikah-kahwin merata-rata.

Kat ofis-ofis di Malaya ini biasanya nak buat meeting, memang tak cukup korum, alasannya ialah cuti sekolah. Jika ada kerja, gerenti tak siap dengan alasan yang serupa. Ini maknanya rakyat Malaysia amat perihatin. Ada keseimbangan antara kerja dan keluarga, antara bos dengan anak-anak, antara pejabat dengan kampung halaman.

Ada juga ofis yang buat bengkel, seminar, summit, kursus, mesyuarat di luar pejabat sempena dengan cuti sekolah ini. Tempat yang biasa di pilih ialah tempat yang bos penganjur suka atau negeri bos penganjur atau kampung halaman mertua bos. Tak salah kan?.

Kemudian anak buah pula sudah tentu akan bawa seisi keluarga untuk bercuti semasa mereka 'bekerja'. Ambil kesempatan keluarga bercanda bercuti sambil bekerja. Tak salah kan?.

Jadi apa yang salahnya?.

Pegawai diberikan kemudahan mengikut kelayakan masing-masing:-

- Jika hanya layak duduk bilik berkongsi, nak bawa keluarga bayarlah sendiri. Tak kan kena bayar pakai duit rakyat kot!
- Jika kena naik kapalterbang dan tak diluluskan naik kenderaan, nak bawa keluarga nak suruh rakyat bayar jugak?
- Dalam masa senggang, kalau nak main golf ke nak main apa ke, main sajalah... tapi janganlah guna duit rakyat

Banyak lagi ....

5 comments:

Anonymous said...

Seronok dapat cuti guna duit rakyat ya MBA?
Ada sesetengah masyarakat yang masa bercuti-cuti ni, pegi shopping pun guna duit rakyat. Tima kacih duit plastik yang boss kasi... kekeke.

abdullahjones said...

mba, saya tidak ada apa-apa komen cuma ingin menyatakan, saya rindu kamu.

AuntieYan. said...

Assalamualaikum. Lama Akak tak tinggal komen. mai sini selalu.

Selalunya memang bos-bos(gomen) arrange meeting/bengkel/seminar time cuti sekolah so that depa boleh angkut keluarga semua.Bagi kami yang bawah-bawah ni...gigit jari sajalah...mana boleh bawak keluarga...bilik pun kena share.
Pagi meetimg, petang site visit...& main golf....kenkadang meeting tu sesikit je...main yang lebihg...he!...he!...tak pe lekan...bos tanggungjawab beso....tentu kena release tention...:-)

ron97 said...

selalunya boss lah
kami geng 11 17 ni
mengikut jer

bahtiar said...

errr.. melalui kelab sukan & rekreasi? :)