Labels

Tuesday, May 30, 2006

MENGAKU AYAH: DULU NASHA AZIZ KINI SITI NURHALIZA, LEPAS NI SIAPA PULAK?



DULU kecoh sekejap Malaya ni sebab Nasha Aziz disaman oleh bapa kandung sendiri (alamak, mana ada bapa yang mengandung?. Ini kesalahan bahasa yang amat ketara). Kunun cerita Nasya bilang ayah dia dah mati (alahai ini lagi satu, apa bilang-bilang? berapa kali mau bilang da!!!.. kalau cakap kan senang?). Sedangkan yang mati ialah ayah angkatnya (kawan saya marah sebut mati bagi orang, bagi dia mati hanya untuk binatang. Jika orang hendaklah disebut meninggal. Bagi saya mati untuk orang, mampus untuk binatang. ha ha ha). Jadi ayah dia saman sama dia. see U in court.


KINI Situ Nurhaliza ( betul ejaan tu? Siti Norhaliza kot ). Kunun cerita lagi, ada seorang hamba Allah mengaku berikan anak dia yang bernama Za (Norhaliza) kepada seorang polis bernama Din (Tarudin). INi sebenarnya kan.... rasa-rasanyalah, bukan hamba Allah tu yang mengaku, tetapi hamba Allah yang menulis aka buat cerita ni kot, sebab nak lariskan surat khabar dia (semoga blog ini juga akan laku bila kena search nanti .

Begitulah dunia ini, mengakulah apa saja bila seseorang tu dah fofular...

8 comments:

Anonymous said...

MBA,
Bestlah post MBA ni... Syabas... Hari-hari I datang melawat kat post MBA... Tak sabar-sabar tunggu hari esok untuk post yang baru... Bahasa MBA ada klas.. ada umppph...
Apa kata jika MBA terbitkan buku (macam Tok Rimau)... Mesti laku...
Keep up with the good job...

bahtiar said...

motif dia tu supaya semua orang tau bini dia ada berapa orang, saja nak lawan ngan populariti Pok Jeng saja tu... dia gunakan Siti Norhaliza sebagai umpan cerita saja. :)

zino said...

apa saje cerita asal ada nama siti pasti laris ma.. pasal tu dia org tulis.. lepas ni ada yg kena saman lagi ke..? tapi akhirnya tak ada kes..

apa kes da..

mba said...

Anon...

makaceh sebab dtg membaca.
NAk tulis buku? ha ha ha takut bangkrup penerbit nanti.

bahtiar: SETUJU

Zino: 100%, lepas ni Mawi pulak kot.

mba said...

Anon...

makaceh sebab dtg membaca.
NAk tulis buku? ha ha ha takut bangkrup penerbit nanti.

bahtiar: SETUJU

Zino: 100%, lepas ni Mawi pulak kot.

ctzahra said...

bila baca berita kat harian metro semalam pasal orang mengaku siti nurhaliza ni anak dia, apa reaksi saya, pada saya wartawan saja besarkan cerita,kadang terfikir orang yang menyampaikan cerita ni menganggap khalayak pembaca malaysia tak boleh berfikir, agak dia fikir orang yang baca paper ni bangang2.kesian wartawan yang tulis cerita ni,dan kesian juga pada pihak akhbar sampai macam tu sekali nak lariskan keluarannya.

Anonymous said...

MBA,
Tulislah buku MBA.. I pun siap print-print semua post MBA kat opis dan baca kat umah... Best...
Kalau ada buku lagi best... Takyah nak susah-susah print bebanyak ni..

FYI - I dah ordered buku Tok Rimau - dah sampai kat post office - cuma hubby kena pick-up aje...

Kalau MBA tulis buku, I'm the first one beli... Sumpah! (Ceh, siap sumpah-sumpah lak.. kekeke)

Anonymous said...

MBA,
Tulislah buku MBA.. I pun siap print-print semua post MBA kat opis dan baca kat umah... Best...
Kalau ada buku lagi best... Takyah nak susah-susah print bebanyak ni..

FYI - I dah ordered buku Tok Rimau - dah sampai kat post office - cuma hubby kena pick-up aje...

Kalau MBA tulis buku, I'm the first one beli... Sumpah! (Ceh, siap sumpah-sumpah lak.. kekeke)