Labels

Friday, March 05, 2004

ELAUN KERAIAN

BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 48 (dulu gred 2) ke atas, mereka diperuntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM500 sebulan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pegurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan. Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggungjawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja. Andaikata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka dijamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunakan Local Purchase Order (LPO).

Ia agak berbeza dengan pegawai swasta di mana setiap kali berbelanja tetamu, kawan-kawan atau pelanggan, mereka akan meminta resit untuk membuat tuntutan dari company. Maknanya jika tiada perbelanjaan, tiadalah tuntutan. Namun company juga perlulah tengok Return of Investment (ROI), jika asyik dok belanja saja dan tak buat apa-apa sales, maknanya tak lamalah tu ...

Dari kedua-dua kaedah kemudahan elaun keraian tersebut, nampaknya pegawai kerajaan adalah lebih kedekut untuk berbelanja tetamu ....


3 comments:

Anonymous said...

Kesilapan definisi oleh JPA kerana bagi pegawai gred 41 ke bawah menerima Elaun Khidmat Awam...tetapi bila naik pangkat ke Gred 44 ke atas EKA telah digantikan dengan Elaun Keraian..macamana tu...

Anonymous said...

Pakcik tahu tak sebab sebenar diwujudkan "elaun keraian "? Kalau sudah pencen, maknanya sudah lama dan berpengalaman dalam perkhidmatan awam, mesti pakcik tahu sebabnya.

norhishamwahab said...

http://www.anm.gov.my/images/download/senarai%20semak%20perakauanan/gaji%20Elaun/Imbuhan%20Tetap%20Perkhidmatan%20dan%20Keraian.pdf

research dulu la.. sy bukan gomen..