Labels

Tuesday, May 26, 2009

NASI KANDAR : DI MANA ISTIMEWANYA?


SAYA berada di Pulau Pinang. Apakah yang istimewanya di Penang ini?. Orang kata, jika hendak bawa balik, belilah buah pala jeruk. Jika ingin makan, cubalah nasi kandar. Apakah istimewanya nasi kandar?.

Di sebelah petang, saya beli beberapa jenis jeruk, termasuk buah pala. Pemandu teksi yang kami tumpangi mengingatkan agar jangan makan buah pala atau jeruk-jeruk lain banyak sangat. Ia dijeruk dengan gula aisin, sejenis bahan kimia yang tidak begitu menyihatkan. Begitulah kata beliau.

Di sebelah malam saya ke kawasan makan di sekitar Masjid Kapitan. Makan nasi kandar. Bagi saya, nasi kandar tidak ada sebarang kelebihan berbanding dengan nasi campur yang lain. Semua orang tahu bahawa nasi kandar adalah nasi biasa yang dicampur dengan pelbagai jenis kuah dan lauk pauk mengikut pilihan. Itu sahaja. Ia sangat tidak 'presentable'. Saya fikir nasi kandar akan menjadi lebih enak, lebih istimewa dan lebih menyelerakan sekiranya diberikan pakej dan rupa bentuk yang baharu. Bagaimana?.

Cuba lihat nasi lemak sekarang. Suatu masa dahulu, nasi lemak juga seperti nasi campur ataupun nasi kandar. Kini nasi loemak adalah lebih menarik landscape dan auranya. Tidak mustahil nasi kandar juga boleh dipakejkan sedemikian, mengikut arus zaman. Nasi kandar alaf baru gitu...

2 comments:

Cat Cat said...

MBA,
Cath lebih gemar makan nasi lemak. Jika ada restaurant di sini jual nasi lemak, mau Cath makan hari-hari di sana.

mba2u said...

Nasi lemak versi Amerika.
Ya... kita ada satay, nasi lemak, nasi goreng dll.

Namun tomyam Thailand juga dikenal orang di luar negara. Semasa saya di Jepun, restoran di sana ada menu "nasi goreng Indonesia" ...