Labels

Tuesday, May 05, 2009

BENCI ATAU RINDU

BAGI orang yang bercinta, setiap ketika memang ingin bersama dengan pasangannya. Kata orang tau-tua dan orang-orang tua, tidak dapat jumpa orangnya, tengok bayangpun sudah memadai. Tidak dapat masuk ke rumah, tengok tangga rumahpun sudah mencukupi.

Dalam dunia pekerjaan kita, ya, lah tempat di mana majoriti daripada masa kita ditumpahkan, dan organisasi di mana kita mencari makan, membesarkan (perut) diri dan keluarga, adakah anda rasa begitu?. Maksudnya rindu kepada pejabat?. Teringat-ingat akan bos, miss rakan sepejabat dan yang seumpama dengannya?.

Jika anda ada mesyuarat di luar pada jam 10am, adakah anda akan datang ke pejabat terlebih dahulu pada jam 9am?. Jika aturcara selesai pada jam 2pm, adakah anda akan terus pulang ke rumah, ke departo ataupun bergegas ke pejabat anda?.

Semua tindakan anda adalah kesan kepada rasa rindu ataupun benci kepada organisasi anda.

Saya?.

5 comments:

Anonymous said...

MBA san

dah rasa nak pencen awal ko???

aw1

mba2u said...

ada rasa ...

hazmi mat zain said...

Saya rasa selesa dan tenang bila bekerja di rumah dan tak payah ke pejabat. Kerja yang dilakukan lebih berkualiti bila berada di rumah dari di pejabat.

Cat Cat said...

Saya tidak rindu datang ke pejabat sekiranya mesyuarat di luar selesai awal. Terus pulang ke rumah le ceritanya... Ataupun ke komplek membeli-belah. Lepaaaak! Ha ha!

Anonymous said...

Kalau dah gitu, baik apply untuk PENCEN. Maybe boleh buat buku pasal PENCEN. RM1 Juta pun tak cukup masa Pencen....